Kecantikan

Teknik Skin Gritting Hilangkan Whitehead & Blackhead, Terus Licin Kulit Wajah

Share

Masih ramai yang kurang tahu teknik skin gritting dalam dunia kecantikan, salah satu trend dikatakan efektif untuk menghilangkan masalah blackhead dan whitehead.

Tanpa perlu pergi Spa, anda nampak hasilnya sebelum dan selepas buat di wajah. Macam yang saudari Kween Leaa

kongsikan ini.

Teknik Skin Gritting

Kalau nak tahu, skin gritting ialah kaedah pembersihan mendalam menggunakan beberapa langkah yang melibatkan cleansing oil, clay masks, dan facial massaging untuk menghilangkan kekotoran.

Jadi, ini cara nak buat skin gritting ikut langkah demi langkah.

1. Gunakan cleansing oil / cleansing balm dan letakkan di muka yang kering.

2. Urut muka selama satu minit untuk pastikan pori lebih bersih dan buang kotoran yang waterproof.

3. Letakkan sedikit air untuk emulsify di seluruh muka supaya kulit betul-betul bersih.

4. Bilas dengan air.

5. Pakai clay mask untuk menyerap semua kekotoran dalam pori dan tunggu sehingga 10-15 minit. Bilas.

6. Pakai cleansing oil / cleansing balm semula. (Moment of truth )

7. Bilas dengan air bersih.

Menarik, bukan? Bila hilang masalah blackhead dan whitehead, barulah selesa nak mekap dan bawa muka tanpa mekap pun boleh!

IKLAN