Jarang dengar teknik blusher bawah mata tetapi rupanya viral dan trik mekap kali ini sangat bagus untuk anda yang mengalami masalah lingkaran hitam yang dikenali sebagai ‘mata panda’.
Trik layangan pemerah pipi di bawah mata sebenarnya sangat bagus untuk sembunyi dark circles dan sekali gus memberi ilusi segar dan muda pada hasil solekan.
Blusher yang disapu pada bawah mata seolah-olah bertindak seperti concealer atau color corrector. Lapisan warna blusher mampu memudarkan keadaan gelap atau kebiruan bawah mata.
Namun begitu, tidak semua warna blusher yang sesuai untuk teknik ini. Anda kena pilih blusher dari rona coral, merah jambu atau peachy. Warna sebegini paling efisyen untuk mengurangkan warna gelap kebiruan dan kelabu lingkaran.
Malah lagi bagus pemerah pipi jenis bedak matte (powder matte) dan tidak mempunyai sebarang kilauan (shimmer). Ini kerana shimmer akan mengganggu pori-pori dan garisan halus di kawasan mata.
Mulai mekap anda seperti biasa dengan skin care, foundation base sehinggalah ratakan concealer dan lengkapkan pembayang mata.
Sapu sedikit sahaja kuantiti blusher pada bawah mata anda. Pastikan anda lakukan ini setelah menyapu setting powder supaya hasil bawah mata tidak tebal dan berkerak.
Jika anda ingin lebih jelas, boleh ikuti info dari video TikTok @paintedbyspencer dibawah;
@paintedbyspencer YOU’VE GOT THIS! 🥰 This is how I create my inner corner eyeliner. All it takes is some eyeshadow, liquid eyeliner, and little bit of patience 🤪 I hope this helps! ❤️ #innercornereyeliner #eyeliner #makeup #makeuptutorial #paintedbyspencer ♬ original sound – SPENCER
Senang bukan? Cuba anda praktis dan jangan lupa untuk kongsi juga tips ini pada rakan-rakan mekap anda!