Tanda pakai skincare tak sesuai, boleh jadi timbul jeragat, jadi merah-merah atau kulit makin kering sampai menggelupas.
Ya, itu petanda untuk anda tukar skincare lain! Kadang ada yang rasa membazir nak berhenti pakai yang ada tetapi kalau kulit sudah beri ‘amaran’ kenapa masih bertahan?
Jangan tunggu lebih teruk, jom semak petanda lain tanda produk yang anda pakai itu tak serasi.
Sebenarnya, ini bukanlah 100% dari masalah produk. Perubahan pada kulit mungkin menjejaskan keberkesanan produk, jadi pakailah skincare bagus macam mana pun tapi kulit tak boleh terima.
Antara faktor kulit tidak lagi berasa ‘selesa’ ialah disebabkan cuaca, hormon, pencemaran udara dan air. Jadi mustahak untuk kamu kenal pasti skincare yang bersesuaian dan menukar rutin penjagaan kulit.
Jangan keliru jerawat dan milia! Muncul milia pada sekitar kulit kamu, itu kesan sampingan terhadap pelembab yang kamu guna. Ia terjadi apabila formula pelembab terlalu pekat atau berat untuk kondisi kulit. Jadi cuba tukar pelembab formula yang lebih sedikit atau ringan.
Tompokan kulit kering tanda terdapat formula produk yang tidak lagi sesuai dengan keadaan kulit. Begitu juga dengan masalah kulit yang terlalu berminyak. Tambahan, elakkan guna pencuci muka atau skrub terlalu kerap, ia akan membuatkan kulit berminyak lebih teruk.
Ini fokus pada yang mengalami tompokan kulit kering. Kemudian akan membuatkan kulit gatal dan kemerah-merahan. Tanpa sedar mula menggaru dan mengakibatkan luka pada wajah. Sebaiknya elakkan dahulu menggunakan produk yang mengandungi retinoid, benzoil peroksida, alkohol, asid salisilik, pewangi, dan pengawet.
Jadi jika anda ada msalah seperti yang dinyatakan di atas, boleh berhenti dan tukar lain. Itu tandanya tak sesuai dan anda perlu cari lain!