Tak Susah Cari Sabun Pembersih Untuk Kulit Sensitif. Ini Pilihan Produk Disyorkan!

Share

Lambakan produk pembersih badan membuatkan kita keliru kerana pelbagai manfaat yang tidak jauh berbeza.

Cuma sebagai pengguna pastinya kita akan mencari produk pembersih badan yang sesuai dengan kulit terutama bagi yang ada masalah kulit sensitif.

Ini adalah bagi mengelakkan masalah ruam, rasa gatal hingga membuatkan kita rasa tidak selesa.

Memetik perkongsian goodhousekeeping.com, Institusi Makmal Kecantikan Good Housekeeping sentiasa melakukan kajian ke atas pencuci badan, lulur badan dan pelembap yang baik untuk kulit sensitif.

Artikel Lain: Mandi Sebelum Subuh & Minum Air Kunyit. Rahsia Azian Mazwan Kekal Fit & Bertubuh Langsing!

“Pencarian produk perlulah baik untuk kelembapan kulit seperti dimethicone dan gliserin serta petroleum.

“Bahan-bahan khusus perlu dikenal pasti sebelum menyentuh kulit sensitif. Justeru, langkah awal boleh diambil bagi mencegahnya,” terang wakil makmalnya.

Membantu dalam menyelesaikan perkara itu, berikut terdapat senarai produk yang disarankan untuk kulit sensitif.

1. Eucerin Skin Calming Body Wash

Pencuci badan yang menggunakan bahan yang diasaskan daripada minyak tumbuhan berkhasiat seperti kacang soya dan ricinus.

Ramuan sihat ini mampu merangsang kulit agar lebih lembap. Bahkan ia juga bebas bau wangian dan juga baik untuk kulit kering serta mengelakkan kegatalan.

2. Cetaphil Ultra Gentle Body Wash

Tidak hanya sensitif, produk ini juga baik untuk kulit kering. Badan akan berasa lebih nyaman dan segar selepas menggunakannya. Bahan semula jadi seperti aloe vera dan gliserin mampu melembapkan kulit.

3. Vanicream Gentle Body Wash

Pencuci ini dipercayai antara produk kulit terbaik yang telah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi. Malah, ia antara yang disarankan oleh pakar perubatan. Kandungan gliserin dan coco-glukosida ringan menjadikan produk ini baik untuk merawat dan memelihara kesihatan kulit sensitif.

Artikel Lain: Guna Cara Mudah Hilangkan Stretch Mark, Tak Perlu Stres Memikirkannya

4. Cerave Hydrating Body Wash

Gabungan bahan ceramida dan asid hyaluronik mampu memutih dan menggebukan kulit. Fungsinya juga melembapkan termasuk melindungi daripada pertumbuhan bakteria.

5. Skinfix Eczema+Foaming Oil Body Wash

Individu yang mengalami kulit sensitif juga terdedah kepada penyakit ekzema. Oleh itu, pencuci badan khusus penting bagi mengelakkan masalah berlarutan.

Produk ini bagaimanapun dikatakan memiliki bau yang agak kurang nyaman, namun keberkesanannya tiada tandingan.

Sifatnya yang tidak terlalu berbuih termasuk tidak memiliki campuran kimia wangian berupaya melindungi kulit daripada rangsangan benda asing.

Jika berlaku sebarang alahan, sebaiknya rujuk kepada pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Artikel Lain: Amal Detox Air Telang, Bantu Kuruskan Badan. Ini 19 Lagi Khasiatnya Ramai Tak Tahu!

Published by
Siti Zurina Mat Saman