Semahal apa pun alat solek, kalau tidak ada kemahiran, hasilnya belum tentu sempurna. Jadi anda patut tahu tip solekan yang sesuai dengan wajah masing-masing bagi mendapatkan hasil yang licin dan tahan lama.
Kunci untuk solekan tahan lama adalah dengan mengaplikasikan set penjagaan kulit terutamanya pelembap.
Pelembap muka berfungsi untuk melembapkan kulit walaupun sewaktu cuaca panas. Pelembap juga mampu menghidrasikan kulit muka anda.
Kesan tidak memakai pelembap adalah solekan akan kelihatan cracky dan tidak rata. Makeup juga tidak tahan lama tambahan pula penggunaan face mask masih diperlukan, jadi ia mudah untuk melekat di atas face mask anda.
@dr.daniel_ie Pakai pelembab tapi kulit jerawatan? Bisa aja cara pemakaian kalian yang salah! Yuk simak kata dokdan mengenai cara pemakaian pelembab yang benar ya! Kalau kalian ngerasa konten ini berguna, jangan lupa save dan share ya! Buat yang mau tanya atau konsultasi yok tulis aja di kolom komentar ya! Jangan lupa follow akun aku yang lain ya IG : @daniel_ie @facenabeautyclinic YT : KataDokDan #katadokdan #tiktokviral #kontenedukasi #moisturizer #pelembabwajah #kulit #kulitsehat #kulitkusam ♬ Hei Apa Apa x Tik Tak Tik Tik – Donny Fernanda
Anda juga dinasihatkan untuk tidak memakai produk penjagaan muka dengan terburu-buru. Tunggu hingga kesemua set penjagaan kulit meresap ke dalam kulit sebelum mengaplikasikan alat solek. Jika tidak, ia akan membuatkan kesan piling pada solekan anda.
Bukan hanya pelembap, anda juga perlu mengaplikasikan sunscreen supaya kulit anda dilindungi daripada sinaran UV yang bakal merosakkan kulit yang terdedah.
Primer sangat penting diaplikasikan sebelum memakai alat solek supaya solekan nampak licin. Ia merupakan perkara asas bagi solekan untuk menghaluskan tekstur kulit, menutup kesan pori serta garis halus di muka.
Kulit diibaratkan seperti kanvas untuk melukis. Untuk menghasilkan karya yang licin dan sempurna, pelukis harus menggunakan base yang akan membuatkan lukisannya tampak lebih licin dan menarik.
Primer juga bertindak untuk menjaga kulit muka daripada alat solek yang bersentuhan secara langsung pada wajah. Bagi wanita yang memiliki kulit berminyak, sensitif, dan berjerawat, primer sangat penting untuk anda aplikasikan kerana dapat meminimumkan risiko kerosakan kulit bahkan iritasi.
Primer hadir dalam pelbagai tekstur iaitu cecair, gel ataupun krim. Tentukan primer yang bersesuaian dengan wajah anda supaya solekan anda kelihatan cantik dan berseri.
Tidak ada satu orang di dunia ini yang memiliki wajah terlalu bersih sehingga tiada sebarang parut jerawat, noda hitam, mahupun lingkaran gelap bawah mata. Permasalahan ini boleh ditutup dengan memakai concealer pada kawasan tertentu.
Letakkan concealer pada kawasan muka yang bermasalah dan biarkan selama dua minit sebelum meratakannya. Ini membantu concealer supaya tidak bercapuk dan crack
Pilih concealer yang lebih cerah daripada tona wajah anda untuk memberikan dimensi pada muka anda. Concealer juga berfungsi untuk membentuk kening dengan lebih cantik. Letakkan di keliling kening untuk menutup bulu kening yang berlebihan.
Ramai yang beranggapan cara mengaplikasikan foundation dengan tepat adalah dengan menggosok atau meleret menggunakan span atau berus.
Walhal, cara yang terbaik untuk mengaplikasikan foundation adalah dengan menggunakan teknik ‘dab’ secara perlahan-lahan ke seluruh muka. Teknik ini akan memberikan kesan yang sempurna tanpa sebarang cacat cela.
Pilih warna foundation sama seperti concelear. Hal ini kerana terjadinya proses pengoksidaan di mana berlakunya tindak balas kimia yang akan menyebabkan foundation bertukar menjadi warna gelap setelah memakai selama beberapa jam.
Berbeza dengan foundation, pemnilihan cushion harus dipilih menngikut warna kulit. Cara mengaplikasikannya adalah sama seperti memakai foundation. Namun, kalau sudah kering, hindari untuk melakukan layering kerana span cushion akan meninggalkan bekas yang membuatkan solekan anda tidak cantik.
Setting spray adalah langkah terakhir dalam pemakaian alat solek. Ia berfungsi sebagai alat yang membuatkan solekan tahan lama dan kelihatan natural.
Cara pemakaian setting spray ini sangat mudah dengan menggoncang botol terlebih dahulu supaya partikelnya tersebar ke seluruh muka dengan jarak 10-25 sentimeter.
Jangan sembur terlalu banyak kerana akan mengakibatkan cairan tersebut terkena mata lalu mencairkan solekan mata. Semburan yang terlalu sikit pula akan menyebabkan cecair tidak tersebar dengan rata.
Jadi, selepas ini pastikan anda tahu cara bersolek yang betul untuk hasil terbaik pada wajah ya!
Kredit video: dr.daniel_ie