Tak Nampak ‘Baby Bump’ Tapi Seri Bakal Ibu Terserlah. Mira Filzah Kini Hamil Masuk Trimester Ketiga!

Share

Setelah hampir setahun melangsungkan perkahwinan dengan suami tersayang, pelakon dan pengacara popular Mira Filzah kini dikatakan sedang hamil anak sulung.

Berkongsi berita gembira itu melalui akaun Instagram (IG) suaminya, Wan Emir memberitahu kandungan Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, bakal memasuki trimester ketiga, juga dalam akaun IG Mira Filzah.

“Syukur Alhamdulillah segala puji bagi Allah, pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami.

“Insya-Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga, tidak lama lagi.

“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri, kami ucapkan jutaan terima kasih.

“Semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita… Amin,” luahnya melalui entri di IG, malam tadi.

Berita ini itu ditulis Wan Emir mengiringi entri yang memaparkan alat ujian kehamilan bersama foto perkahwinan mereka pada September 2020.

Tambahnya, seperti pasangan lain, mereka tidak terlepas melalui pengalaman menyentuh emosi ketika menantikan kehadiran cahaya mata yang bakal menjadi pelengkap rumah tangga.

“Seperti pasangan lain yang merancang membina keluarga, kami juga melalui pengalaman peribadi, pahit dan manis sepanjang perjalanan itu.

“Hanya doa yang mampu dipanjangkan. Apapun, kami yakin, Allah adalah sebaik-baik perancang dan Dia akan beri pada waktu yang tepat,” katanya.

Mira sebelum ini menjadi perhatian warganet sejak November tahun lalu selepas ada yang mendakwa ternampak ‘baby bump’ di Instagram (IG) miliknya.

Bagaimanapun, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini menafikan dengan memberi alasan perutnya buncit selepas makan.

Biarpun sebelum itu susuk tubuh Mira sedikit susut, tetapi masih terserlah keserian wajah ibu hamil ini dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.

Apa pun tahniah diucapkan buat mommy to be ini, pastinya perjalanan bergelar ibu menjadi detik paling indah dan bermakna buat Mira dan juga suami.

sharifahrose_ Alhamdulillah I’m so so happy for both of you 

catrionabrianross Alhamdulilah!! Congratulations Mira & Emir!! So happy for the both of u.

missfazura MasyaAllah.. Tabarakallah.. Syukur Alhamdulillah. Congratulations Mira and Emir. May Allah SWT ease everything for the 3 of you.. In shaa Allah.. Aminnn 

syaima_halim Alhamdulillah. Sending my prayers to both you and @mfmirafilzah, and the little one

ynasakinah Congratulations again.. Semoga dipermudahkan. Aminnnn

Kredit Foto: Instagram Mira Filzah

Artikel Berkaitan:

Turut Alami Demam Lepas Disuntik AstraZeneca, Mira Filzah Puji Proses Pemberian Vaksin Efisien

Happy Hypoxia Dianggap Pembunuh Senyap Pesakit Muda Covid-19. Kenal Pasti Kesan Simptomnya!

Tak Perlu Berlapar, Ini 8 Makanan Bantu Jadi Kurus Cara Lebih Sihat & Selamat

Published by
Siti Zurina Mat Saman