Tak Nak Mekap Cair Mudah, Patutnya Buat Macam Ini

Share

Suka bersolek tetapi tak nak mekap cair mudah, anda patut tahu apa rahsia untuk kawal masalah ini.

Nak-nak musim panas, nak ziarah rumah ke rumah pun tak selesa bila mekap dah cair dan nampak comot, melainkan ada penghawa dingin.

@watsonsmyTaknak mekap korang cair & cakey? 👀 Korang wajib cuba rahsia mekap tahan lama ni! 🤭👌

♬ original sound – Watsons Malaysia

Tak Nak Mekap Cair Mudah, Patutnya Buat Macam Ini

Haaa… cuba anda pastikan beberapa langkah ini dibuat sebelum mekap. Inshaa Allah membantu.

Guna primer

Primer antara produk yang terbaik untuk mengunci pori-pori wajah dari mengeluarkan minyak yang berlebihan. Malah terbukti primer menjanjikan mekap yang lebih tahan lama. Jadi sapu rata primer pada bahagian wajah kamu yang mudah berminyak ketika cuaca panas.

Jangan tambah loose powder

Ada yang menggunakan loose powder untuk menyerap atau ‘mengeringkan’ solekan dari peluh. Kesannya, mekap kamu bertambah comot kerana loose powder tidak berdaya untuk mengawal semua kesan minyak dan peluh yang ada. Sebaiknya guna blotting paper!

Tak payah pakai pelembab berlapis

Sapu wajah dengan kuantiti pelembab seadanya, tak perlu tebal sehingga kulit jadi melekit. Bayangkan kulit kamu sudah tebal dengan pelembab, ditabah solekan dan akhirnya bergabung dengan peluh. Apa akan jadi?

Pakai maskara kalis air

Buat yang gemar memakai maskara, bukan musim hujan sahaja. Musim panas begini pun gunakan maskara yang kalis air. Khususnya buat mereka yang mengalami masalah kelopak mata mudah berminyak.

Lupakan solekan tebal

Bila cuaca panas yang amat tak perlu lah pakai mekap yang tebal. Cukup anda berhias sekadar naik seri, pakai nipis biar nampak natural sahaja dah memadai.

Jadi, kalau betul anda tak nak mekap cair mudah, pastikan anda amalkan beberapa tip di atas ya. Barulah nampak kemas dan tak cepat comot.

Kredit video: watsonsmy

Published by
Nadia