Tak malu amal petua lama nak cantik. Elvina guna air beras cuci muka & putih telur buat masker. Sejak awal pembabitan dalam dunia seni memang menarik perhatian ramai. Dikurnia seraut wajah yang cantik dan lembut menampakkan sisi jelita pelakon bernama Norzalina Mohamad atau kini mesra dipanggil Datin Elvina Mohamad.
Dalam satu artikel, ketika ditanya rahsia dirinya sentiasa kelihatan cantik dan jelita walau sudah memiliki seorang cahayamata, Elvina memberitahu dirinya seorang yang berpersonaliti ceria.
Artikel Lain: Cuci Wajah Guna Tomato, Rahsia Cantik Mas Idayu Walau Usia Dah Cecah 50 Tahun
“Rahsianya tiada tip tertentu diamalkan untuk kelihatan cantik, cuma saya ini orangnya jenis yang sentiasa ceria. Mungkin itu sebab nampak awey muda,” katanya yang berusia 27 tahun ini.
Kesibukan dengan kerjaya sebagai pelakon dan ibu kepada seorang anak lelaki, Elvina mengakui turut mengambil vitamin untuk kesihatan badan.
Selain itu untuk menjaga kesihatan tubuhn badan saya mengamalkan sentiasa bangun awal pagi.
“Tak kisah waktu bekerja atau cuti. Saya tak biasa bangun lewat sampai pukul 10 pagi. dan biasanya saya akan lakukan senaman seperti yoga,” tambah Elvina memberitahu aktiviti hariannya selain aktif dalam bidang lakonan.
Dalam satu artikel di Harian Metro, Elvina turut berkongsi petua yang diamalkan sejak lama dulu dalam menjaga wajah.
Dia mengakui amalkan membasuh muka dengan air beras. Katanya, petua ini sudah diamalkan sejak zaman persekolahan lagi dan akui kulit mukanya tidak pernah bermasalah.
“Ia mudah saja dan tiada kos. Ketika masak nasi, air ketika membasuh beras jangan dibuang. Bagus untuk basuh muka.
“Selain itu, saya juga pastikan sebelum tidur memakai topeng muka yang dibuat menggunakan ramuan asli. Saya buat topeng muka sendiri menggunakan putih telur. Ia sangat mudah untuk disediakan,” katanya.
Artikel Lain: Buah Asam Jawa Sebagai Snek Kegemaran, Rahsia Kekal Fit & Awet Muda Deanna Yusoff Di Usia 55 Tahun
Ibu kepada Karl Mateen, 3 tahun ini juga turut mengakui memilih petua orang lama kerana lebih selamat untuk kulit daripada terdedah kepada bahan klinikal yang boleh meninggalkan kesan yang tidak diingini.
Katanya, dia lebih yakin menjaga kulit wajah dengan cara sendiri. Tambah pula sebagai selebriti dan pelakon, wajah adalah aset utama yang perlu diberi penjagaan teliti.
“Sebagai wanita, saya tidak boleh ambil mudah kecantikan wajah harus dijaga sebaiknya. Saya lebih selesa menggunakan ramuan semula jadi yang tiada bahan kimia untuk penjagaan kulit wajah.
“Walaupun kesan perubahan pada kulit tidak berlaku drastik, paling utama ramuan itu selamat digunakan,” katanya yang turut mengutamakan minum air mineral sekurang-kurangnya 2 botol sehari.
Artikel Lain: Abah Ajar Guna Masker Beras. Rahsia Ziana Zain Kekal Cantik Walau Usia Dah 54 Tahun!