Guna beras sahaja untuk cantik, itu pun macam-macam manfaat yang anda boleh dapat. Kalau ikutkan pun, sejak zaman dulu lagi nenek moyang kita dah guna beras untuk kecantikan.
Dari segenggam beras ni, boleh jadi bedak sejuk, lulur badan, masker muka, air bilasan muka dan macam-macam lagi.
Haaa… petua kecantikan yang dikongsikan oleh Puan Mastura Rashid kali ini sangat mudah, jemput baca ya.
Saya memang suka gunakan beras sebab mudah dan ringkas. Dia boleh cerahkan kulit secara semula jadi, hilangkan parut, galakkan pertumbuhan anak rambut dan lambatkan proses kedut.
Okaylah jom baca apa yang kita boleh buat dari beras untuk penjagaan kecantikan.
Untuk Naikkan Seri Muka
Bila nampak je nasi yang kita masak tu dah nak kering, cedok 2 sudu besar air nasi, lepas tu lumur kat muka dan leher waktu suam. Biar sampai kering lepas tu bilas okay.
Mak-mak yang pucat lepas bersalin, cuba petua nombor dua ni pula. Ambil secawan beras, basuh bersih lepas tu kisar dengan 1 inci kunyit. Dah blend, tambah sikit air sejuk. Jadikan pes pekat. Cuci muka, haa lepas tu lumur muka dan leher dengan pes tadi. Lepas tu bilas.
Cara ni buatkan daki pun tertanggal sekali, meninggalkan muka cerah berseri bak bidadari.
Guna Tepung Beras
Untuk haluskan kulit,
Ada tepung beras? Haa bancuh 3 sudu besar tepung beras dengan air suam. Lepas tu sapu kat muka, biarkan kering kemudian bilas. Nak campur madu pun boleh.
Khasiat Madu
Madu ni bagus sebab dia boleh cepatkan proses penyembuhan luka-luka kecil di muka. Manalah tau kan jari tu jenis tak boleh duduk diam, asyik mengutil jerawat di muka sampai berlubang-lubang.
Beras Pulut Hitam
Guna beras pulut hitam. Saya suka sangat pulut hitam. Tak pernah muak walaupun makan sampai 10 mangkuk.
Caranya, jemur 2 genggam pulut hitam. Kisar sampai jadi tepung. Campur dengan kuning telur dan jus limau nipis. Kemudian lumur pada muka dan leher. Biar kering kemudian bilas. Cara ni pun bagus untuk kulit muka berminyak.
Nampak tak, dari segenggam beras tu, macam-macam petua kita boleh buat kan. Mudah dan ringkas, bukan?
Sebenarnya saya sendiri dah banyak kurangkan step dalam rutin kecantikan harian. Dah tua-tua ni tak kuasa nak berstep-step bagai. Saya make it simple and easy with 2-3 steps saja.
Asalkan kulit muka sentiasa bersih dan dapat manfaat dari rutin kita, punn dah rasa happy.
Hah, nampaknya semua orang boleh maintain cantik sebab anda tak perlu keluar modal besar pun. Cukup ada segenggam beras je dan ikut petua yang wanita ini kongsi. Jangan lupa amalkan ya!