Walaupun hanya bekerja dari rumah saja namun tidak membataskan seseorang itu untuk sentiasa kekal cantik.
Seperti yang dilakukan oleh pelakon jelita Izara Aishah yan mengakui ‘self love’ atau menyayangi diri sangat penting dalam kehidupan seseorang.
Justeru tidak ada masalah baginya untuk mempraktikan perkara ini dengan sentiasa berhias cantik di rumah kerana perbuatan ini membuatkan dirinya lebih gembira.
“Self love itu amat penting untuk diri sendiri. Apatah lagi waktu sekarang ini kita kena tahu cara terbaik untuk buat diri kita sendiri rasa gembira.
“Saya suka buat diri gembira dengan bersolek di rumah, bersiap cantik-cantik dan bergaya depan cermin pun sudah boleh buat saya gembira. Maklumlah saya ini kuat berangan orangnya,” ujar Izara ketika sesi virtual eksklusif BeauRaya yang turut disertai penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali dan pengacara Hawaii Rizwana baru-baru ini.
Tujuan sesi virtual ini diadakan adalah bagi mengharga peminat da penguna setia produk Beausiti dengan memberi semangat positif dan inspirasi dalam mengharungi pelbagai cabaran ketika pandemik Covid-19.
Ternyata ibu muda ini sangat menjaga penampilannya. Biarpun sibuk dengan keluarga, penjagaan diri juga amat dititik beratkan.
Justeru, setiap kali melihat dalam laman Instagramnya, Izara yang juga menantu kepada Siti Nurhaliza ini sentiasa akan tampil jelita dan menawan.
Kredit Foto: Instagram Izara Aishah
Artikel Berkaitan:
Elak Yang Proses. Pilih Daging Merah Asli, Untuk Sumber Makanan Lebih Sihat & Berkhasiat!
Cantikkan Kuku & Licinkan Tumit, Antara Kelebihan Lain Jeli Petroleum Yang Ramai Tak Tahu