Kecantikan

Suami Che Tak Bagi Cucuk Wajah, Cantik Tanpa Kedut Bukan Satu Keperluan

Share

Masih cantik pada usia 51 tahun dengan caranya sendiri, suami pelakon, Che Ta tak bagi cucuk wajah.

Che Ta tidak menafikan terpengaruh dengan tindakan rakannya mendapatkan rawatan estetik untuk kekalkan kejelitaan.

Suami Che Tak Bagi Cucuk Wajah

Namun, Rozita Che Wan berkata, suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin tidak membenarkannya membuat rawatan estetik untuk mencantikkan wajah.

“Saya percaya semua wanita akan melalui proses penuaan, cuma cepat atau lambat. Tapi, saya hanya menjalani rawatan wajah sahaja.

“Saya percaya rawatan estetik, tetapi suami tak beri izin ‘buat muka’. Suami tak bagi cucuk sana sini, dia akan ‘turn off’ dengan wanita yang ubah wajah.

“Kalau sebab kedut, dia okay. Saya ada cakap teringin sebab orang lain buat, kemudiannya Zain cakap tak suka.

“Zain tak pernah larang saya buat apa pun, tapi soal baju akan ditegurnya. Kalau nak buat muka, suami sudah beri amaran,” ujarnya lagi.

Kalau Dah Berumur, Cantik Tanpa Kedut Bukan Keperluan

Rozita berkata, ada rakan beri saranan melakukan suntikan pada wajah, bagaimanapun ia bukan satu keperluan pada usianya sekarang.

“Ada kawan ‘cucuk’ ajak buat tapi saya cakap kalau muda mungkin saya buat, tapi bila saya sudah tua, ia bukan keperluan buat saya.

“Saya bukan nak berlakon sangat, sebab mungkin sekarang sahaja berada di depan, mungkin selepas ini kerja belakang tabir pula.

“Saya rasa benda itu tidak perlu. Ibu saya sudah 75 tahun tak perlu buat apa-apa, tapi okay sahaja.

“Untuk cantik sangat bukan keutamaan bila sudah berusia. Sekarang saya nak sihat sahaja. Saya tak nak pakai ‘eyeshadow’ sampai 13 warna dan bulu mata, tapi duduk atas kerusi roda,” katanya.

Apa pun Che Ta sentiasa kelihatan cantik dengan auranya tersendiri, walau anak pun dah besar panjang. Jadi, tak cucuk wajah pun dia tetap vouge!

 

Published by
Nadia