Ada cara nak buat solekan tahan lama walau anda keluar rumah dengan cuaca hujan. Pastikan susunan cara adalah tepat dan kemudian pilih yang kalis air.
Percayalah walaupun hujan boleh mengganggu solekan, dengan pemilihan produk yang betul dan teknik yang tepat, anda masih boleh tampil menawan sepanjang hari.
Solekan di musim hujan memerlukan penyesuaian khas seperti menggunakan produk kalis air dan formula tahan lama agar tidak mudah luntur atau bercapuk.
Tidak kira sama ada anda menghadiri acara formal atau menjalani hari biasa, mengetahui trik solekan yang sesuai untuk musim hujan adalah kunci untuk mengekalkan penampilan yang segar dan yakin. Semak tip penting untuk memastikan solekan anda bertahan dalam musim hujan:
Primer adalah kunci untuk memastikan solekan anda tahan lama, terutamanya dalam cuaca lembap. Gunakan primer berasaskan water-based yang membantu melicinkan kulit dan mencipta lapisan perlindungan antara kulit dan mekap. Ps; pilih primer yang mampu menyerap minyak untuk mengelakkan kulit kelihatan berkilat.
Bedak asas kalas air (waterproof foundation) adalah pilihan terbaik untuk musim tengkujuh. Produk ini direka khas untuk menahan kelembapan dan peluh, memastikan solekan anda kekal segar sepanjang hari. Jika anda mahukan kemasan ringan, gunakan cushion foundation atau BB cream kalas air.
Hujan renyai atau kelembapan boleh menyebabkan eyeliner dan maskara anda comot. Oleh itu, pastikan anda memilih produk yang kalis air dan tahan lama. Eyeliner gel atau pensil kalis air adalah pilihan terbaik, manakala maskara dengan formula anti-smudge akan membantu bulu mata kekal lentik sepanjang hari.
Untuk musim tengkujuh, elakkan lip gloss yang cenderung melekit. Sebaliknya, pilih gincu matte yang tahan lama. Jika mahu bibir kekal lembap, sapukan lip balm sebelum gincu untuk memberikan perlindungan tambahan.
Bedak translucent adalah pilihan yang baik untuk mengawal minyak berlebihan dan memastikan solekan anda tidak mudah cair. Akhiri rutin solekan dengan setting spray kalis air untuk memastikan semuanya kekal di tempatnya, walaupun dalam hujan.
Musim tengkujuh penuh dengan kejutan. Simpan produk penting seperti blotting paper (kertas serap minyak), bedak dan gincu di dalam beg anda untuk sentuhan semula yang pantas bila diperlukan.
@emy_woo92pengantin luar jb pon emy cover taw ✌️
Sudah tahu apa yang sepatutnya, bukan? Jadi selepas ini anda boleh bersedia dari awal untuk mekap tahan lama walau terpaksa redah air hujan!
Sumber video: emy_woo92