Bangun sahaja dari tidur, terus skrub muka guna tomato dan gula, itulah cara paling jimat nak tanggalkan sel kulit mati dan buat kulit jadi lebih flawless cara jimat poket.
Menurut Puan Hazirira Ghazali, jika anda tak sempat buat waktu pagi, anda boleh sapu waktu malam sebelum tidur. Ikut masa anda, asalkan konsisten pakai, nanti rasa lah kulit lebih sihat tak kering.
Yang paling best scrub muka ini menggunakan bahan dapur sahaja, iaitu gula dan tomato.
1. Belah tomato kepada 2 bahagian (bahagian yang tak guna boleh simpan dalam peti ais)
2. Tekap tomato di atas gula pasir.
3. Oleskan secara lembut ke seluruh muka, kecuali di bahagian mata dan bibir.
4. Biarkan lebih kurang 15-20 minit.
5. Bilas dengan air mineral atau air sejuk.
6. Lakukan 2 kali seminggu untuk kesan terbaik.
Hilangkan blackheads, whiteheads, parut, jadikan kulit lebih lembut, licin dan gebu, tutup pori muka, hilangkan sunburn dan bebas kulit berminyak! Banyak tau manfaat tomato ni untuk kulit.
Gula dapat membuang sel kulit mati yang tersumbat dalam permukaan kulit dan agen semula jadi untuk buang segala kotoran dekat muka.
Selamat mencuba!