Skrub Bibir Guna Dua Cara, Hilang Terus Masalah Gelap Dan Menggelupas

Share

Sesekali kena juga skrub bibir untuk buang sel kulit mati yang melekat, nanti tak selesa dengan rasa kasar dan menggelupas.

Malah cara ini juga membuatkan bibir anda sihat dan warnanya lebih asli tidak gelap. Tidak perlu ke Spa, anda boleh pilih salah satu tips yang disediakan ini.

Skrub Bibir Guna Dua Cara, Hilang Terus Masalah Gelap Dan Menggelupas

GULA

Tahukah anda, sebenarnya gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran.

Anda boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula kasar dengan mencampurkannya dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang biasa terdapat di pasaran. Bahannya sangat mudah, seperti sukatan di bawah:

1/2 cawan gula (jangan risau, bukannya kita makan gula ini ya!)
2ml jeli petroleum (Vaseline

)

Kalau tak ada Vaseline bolehlah diganti dengan air suam. Campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam gerakan membulat selama 3-4 minit. Bilaskan apabila ia kering.

GOSOK BIBIR DENGAN BERUS GIGI

Pernahkah anda dengar petua ini? Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub.

Sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit pada bibir anda. Gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir anda sewaktu membilasnya selepas 3-4 minit.

Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen, menjadikan hasil bibir lebih muda remaja.

Published by
Nadia