Memang masker avokado cukup sesuai untuk anda yang berkulit kering, sebab kesan pakainya buat kulit jadi bertambah lembut dan lembap macam pakai moisturizer.
Jadi sebelum jeragat muncul, boleh lah manjakan kulit dengan sesekali sapu masker buah ini.
Kalau masker yang dijual di pasaran pun, banyak diperbuat daripada buah avokado yang kaya dengan lemak omega-3 dan antioksidan, serta vitamin A, B, K, dan E, ini dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit wajah.
1. Isi buah dikisar halus
2. 1 sudu madu/minyak zaitun
3. Campurkan bahan dan oles pada wajah. Tunggu hingga kering dan kemudian cuci hingga bersih.
Agak mahal untuk dibazir tetapi tidak rugi jika anda guna buah avokado untuk kecantikan kulit dengan cara selamat. Pilihan di tangan anda!