Kecantikan

Seri Mona Allen Berbadan Dua, Patutlah Nampak Makin Cantik!

Share

Patutlah nampak seri Mona Allen lain macam, rupanya sudah berbadan dua. Dan pelakon wanita itu juga mendedahkan bakal menimang cahaya mata kedua menjelang awal tahun hadapan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, Mona atau nama lengkapnya Munna Hafiraneza Allen, 37, memberitahu kandungannya kini sudah pun memasuki trimester kedua.

Seri Mona Allen Berbadan Dua

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah, saya dan suami, Pekin Ibrahim bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Petra.

“Insya-Allah awal tahun hadapan. Alhamdulillah sekarang saya sudah masuk trimester kedua,” katanya.

Jangan Tanya Kenapa Badannya Gemuk

Ujar Mona lagi, sudah sampai masa dia mendedahkan kehamilannya untuk pengetahuan pengikut dalam Instagram.

“Sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini dalam Instagram. Masya-Allah. Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segala-galanya. Amin,” tulis Mona.

Pada masa sama, pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu turut menzahirkan ucapan terima kasih buat keluarga serta peminat atas doa yang tidak putus-putus untuk dirinya.

“Terima kasih juga atas doa keluarga, sahabat dan rakan-rakan yang tidak putus mendoakan saya. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua.

“Jangan tanya dah kenapa saya gemuk,” pesan Mona.

Kongsi Berita Gembira Dengan Peminat

Dalam ruangan komen, ramai pengikut Mona turut melahirkan rasa gembira dengan meninggalkan ucapan tahniah atas kehamilannya.

“Alhamdulillah. Tahniah. Semoga semuanya dipermudahkan,” ujar seorang netizen.

“Syukur alhamdulillah. Semoga awak dan juga bayi dalam kandungan sihat,” kata seorang lagi pengikutnya.

Terdahulu, Mona dikurniakan rezeki menimang cahaya mata sulung selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Berita gembira itu dikongsikan Mona selepas dia tidak boleh lagi menyembuyikan perutnya yang semakin membesar selepas kandungannya memasuki usia enam bulan.

Menurut Mona, dia dan suami telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata, termasuk ikhtiar rawatan perubatan Islam.

Pelakon selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Petra Pekin pada 31 Ogos 2022. Mona mendirikan rumah tangga bersama Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018.

Kredit: Kosmo!

IKLAN