Kecantikan

Sekat Jeragat Keluar Guna Sunscreen, Ini Tiga Fasa Patut Anda Tahu

Share

Ramai yang nak hilangkan jeragat tetapi tidak tahu macam mana caranya dan kurang tahu bahan apa yang membantu bagi pulihkan kulit wajah daripada masalah ini.

Untuk anda yang nekad nak pudarkan jeragat, jemput baca perkongsian daripada Puan Sakinah

tentang rutin kecantikan kulit, yang penting anda boleh cari set penjagaan yang tapat dan sesuai.

Tiga Fasa Patut Anda Tahu

Jeragat memang tak boleh hilang tetapi anda boleh pudarkan dengan skincare dan bahan brightening yang betul. Jangan mengharap juga, kalau cuma pakai 1 serum tetapi nak jeragat pudar. Tidak sama sekali.

Banyak benda nak kena tackle masalah jeragat, terutama nak hadap TIGA FASA:

Sebelum melanin keluar – Sekat pengeluaran melanin keluar berlebihan

Semasa melanin keluar – Increase cell turnover dengan keluarkan melanin berlebihan yang ada
supaya jeragat naik keatas permukaan kulit

Selepas melanin keluar – Jeragat dah naik pada permukaan, perlu pudarkan.

Siapa Boleh Ada Jeragat?

Tak kira usia, ya. Perkara pertama nak cegah melanin berlebihan keluar punca jadi jeragat adalah PAKAILAH SUNSCREEN. Itu sahaja jawapan yang mudah dan anda memang kena rajin pakai.

IKLAN