Sebab PKP, Ramona Layan Senaman Online. Caranya Jaga Kesihatan & Kecantikan Wajah Di Usia 30-an!

Share

Pernah berdepan dengan masalah wajahnya mengalami bengkak disebabkan alahan kepada makanan.

Namun sebenarnya pelakon Ramona Zamzam seorang yang sangat menjaga kecantikan dirinya.

Malah wanita yang mempunyai nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam ini nampak muda daripada usia sebenar.

Apatah lagi menimang cahayamata dalam usia muda, wanita berusia 31 tahun ini juga akui gelaran sebagai ibu membuatkan dirinya bagai tak cukup masa.

Namun bukan alasan buat wanita kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan isteri kepada Rami Alashkar ini bersikap sambil lewa, malah sangat komited menjaga kesihatan dan kecantikannya.

Dia yang sentiasa ceria tidak lokek berkongsi rahsia kecantikannya ketika ditemubual bersama Majalah Nona.

β€œSebenarnya saya tak ada sebarang rahsia kecantikan. Namun, bab jaga kecantikan saya memang rajin menjaga kecantikan daripada skin care, body care dan hair care. Tak boleh tahan jika diri itu rasa comot.

β€œSaya rajin pergi pusat kecantikan macam untuk facial extraction, penjagaan seperti itu sangat penting sebenarnya.

β€œMungkin sebelum kahwin macam tak terasa sangat tapi lepas ada anak kena usaha lebih sikit menjaga kecantikan,” ujar ibu kepada seorang anak perempuan ini.

β€œSaya rasa effort untuk seorang ibu nak kena rajin tu memang subjektif, walau bagaimana kita kena try jugak. Tapi tengok keadaan, ada jenis orang yang tak cukup masa ada jenis yang terlalu hectic,” katanya.

Menurutnya walaupun jadual kerja sangat padat, tetapi Ramona akan bijak luangkan masa untuk me time dirinya sendiri.

β€œSaya sendiri yang mempunyai jadual kerja agak hectic tapi dalam masa yang sama saya cuba juga untuk meluangkan masa untuk me time.

β€œDari segi saya punya me time tu yang saya guna untuk buat rutin kecantikan yang boleh. Saya buat yang ringkas seperti hair treatment dan sebagainya.

β€œTapi dalam semua tu main thing untuk jaga kecantikan lagi-lagi bila umur dah masuk 30 tahun semestinya senaman.

β€œSaya memang tak banyak buat benda lain lagi-lagi dalam keadaan kita kena lockdown saya cuba maintain dari segi bersukan. Saya taklah pergi naik basikal, tak pergi gym pun tak boleh.

β€œApa yang saya buat, banyak buat senaman class secara online seperti yoga. Asalkan dalam seminggu tiga atau empat kali sahaja akan work out itu pun kira okay sangat dah tu.

β€œKalau ikutkan time shooting lagi tak ada masa tapi saya cuba. Bila dah ada anak dia kena ada extra effort dia susah nak cari masa tu tapi kalau kita nak mesti kita boleh cari juga masa tu,” kata Ramona yang berketurunan Thailand di sebelah ibu dan Pakistan di sebelah bapanya.

Β 

Dia yang juga Finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini sangat peramah dan mudah didekati juga mempunyai keistimewaan apabila boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih dan lancar.Β 

Masih aktif dalam dunia seni dan terbaru drama lakonannya dalam Love Elsa baru saja selesai tayangan di Astro Ria.

Artikel Berkaitan:

Sebab Alahan Makanan, 2 Hari Ramona Zamzam Alami Derita Wajah Bengkak Teruk

β€œCantik Berseri-Seri” – Terserlah Aura Pengantin Baru Remy Ishak & Isteri. Juga Pasangan Elisya Sandha & Suami!

β€œNak Maintain Cantik, Kena Rehat & Tidur Cukup” – Rahsia Hannah Delisha Kekal Anggun Lepas Kahwin!

Β  Β Β 

IKLAN