Tidak dinafikan usaha bagi seseorang itu mahu menurunkan berat badan memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi.
Tanpa itu semua, pasti impian untuk memiliki saiz badan idaman tidak tercapai.
Apatah lagi jika mahu bergelar sebagai selebriti, pastinya sangat perlu untuk menjaga penampilan diri agar sentiasa tampil cantik di khalayak.
Bagi anak kepada aktor Said Ali Khan, Sara Ali Khan yang juga anak tiri kepada Kareena Kapoor turut berkongsi kesusahannya yang pernah menghidap PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) yang menyebabkan kenaikan berat badan berlebihan.
Justeru dia berusaha untuk menurunkan beratnya sebelum berani tampil di layar perak.
Dan bagi Sara Ali Khan dia menempuh hari-hari mencabar bagi mendapatkan berat badan yang sempurna.
Memang tidak mudah bagi remaja dengan berat lebih dari 90 kg untuk bergelar bintang filem.
Bagi memastikan impiannya untuk muncul di layar perak, Sara berlatih bebeapa senaman seperti kathak, yoga, pilates, boxing dan juga senaman dengan penuh bersungguh-sungguh untuk mendapat badan yang fit.
Bukan itu saja, Dia juga turut menjalani boot camp dan bermain tenis dengan bapanya, Saif Ali Khan.
Malah masanya dipenuhi dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh bagi mendapatkan bentuk badan ideal.
Hasilnya Sara berjaya mendapat berat badan ideal dan fit. Ternyata kesungguhan Sara dengan berdisiplin bersenam dan menjaga pemakana untuk hasil yang mengkagumkan.
Jadi kepada yang masih cuba untuk menurunkan berat badan idaman boleh cuba cara Sara ini yang lebih menitik beratkan senaman workout untuk mengeluarkan peluh.
Artikel Berkaitan:
Wanita Kongsi Tip Lenyapkan 18 KG Dalam 6 Bulan. Hasilnya Wajah Terus Jadi Auto Runcing!
Sardin Sumber Protein Terbaik. Ubah Suai Resipi Dalam Tin Untuk Jadi Hidangan Lebih Sihat!
Amal Diet Suku-Suku Separuh & ‘Workout’ Tanpa Henti, Rahsia Wanita Hilang 18KG Dalam 10 Bulan