Sapu Teh Hijau Kecilkan Liang Pori, Masalah Jerawat Pun Boleh Selesai!

Share

Rupanya sapu teh hijau pada kulit wajah boleh membantu kecilkan liang pori dan kecutkan masalah jerawat, jadi sepatutnya anda cuba cara ini di rumah.

Sapu Teh Hijau Kecilkan Liang Pori, Masalah Jerawat Pun Boleh Selesai!

@fatin_masker detox kulit muka boleh keluarkan sisa kotor yang dah lama membiak dalam kulit muka . hanya seminggu sekali sahaja . kulit muka breakout disarankan guna cara ni taw #maskerpeeloff
#tipsjagakulitmuka #blackhead #acne ♬ suara asli – JIMMY ABIZAR♥️ – 🅹🅸🅼🅼🆈_🅰🅱🅸🆉🅰🆁

Tahu tak, sebenarnya teh hijau padat dengan antioksidan yang melawan bakteria, bertindak sebagai pengelupasan yang akan membantu menghilangkan minyak berlebihan, mengecilkan pori-pori dan merawat jerawat sederhana.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu kecil serbuk daun teh hijau kering
  • 1 sudu kecil Yogurt

Cara membuat dan menggunakan:

Campurkan 1 sudu kecil serbuk teh hijau, 1 sudu kecil yogurt. Sapukan pada muka anda secara merata dan gosok perlahan-lahan.

Biarkan selama 10 minit dan kemudian basuh dengan air. Gunakan skrub ini sekali dalam seminggu untuk hasil terbaik.

Ini berfungsi sebagai pengelupasan lembut yang membuang sel kulit mati kerana tekstur daun hijau kering.

Hah, jangan lupa cuba sapu teh hijau pada kulit wajah ya. Kalau konsisten pakai, elok semula kulit wajah anda yang ada masalah liang pori terbuka dan jerawat.

Selamat mencuba!

Kredit video: Fatin Masker

Published by
Nadia