Sapu Ketulan Ais Timun Dan Madu Pada Kulit, Jerawat Nak Keluar Pun Takut!

Share

Kalau sapu ketulan ais timun dan madu pada kulit, anda yang ada masalah jerawat pasti akan rasa lega. Sebab khasiat timun boleh dijadikan sebagai mask, scrub, dan torner yang sememangnya bagus digunakan pada kulit wajah.

Hah, madu pula elok digunakan untuk pelembab dan pembersih pada wajah. Jangan risau, anda boleh cuba dulu cara ini perlahan-lahan.

Jom Buat Ketulan Ais Timun

Ini bahan-bahannya, cukup dua bahan sahaja.

Timun
4 Sudu madu

Cara buat:

Kisarkan timun bersama air supaya mudah untuk dihancurkan. Selepas siap dikisar, masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian bagi melembabkan lagi kulit anda, masukkan empat sudu madu lebah dan gaul sehingga sebati. Masukkannya ke dalam ice tray

sehingga 24 jam.

 

Setelah dibekukan, gunakan satu biji ais tersebut dan gosokkan secara lembut pada wajah. Dilakukan secara selang sehari, kesannya, kulit akan menjadi lembab dan jerawat akan kecut.

Bagi anda yang nak jimat dan mempunyai kulit muka sensitif dengan bahan kimia yang ada dalam produk wajah, molek lah guna petua cantik ini, ya.

Dah sudah tahu rahsia cantik, anda jangan lupa cuba ya!

IKLAN