Tertarik betul tengok wajah selebriti, Scha Alyahya, nampak macam anjal kulitnya walau dah masuk 40-an.
Kalau nak tahu macam mana mak anak dua ini maintain glowing dan awet muda, jemput baca enam langkah rutin hariannya dalam penjagaan wajah.
Haa… inilah yang Scha amalkan untuk kekal cantik di usia 40-an!
1. Sama ada menggunakan mekap atau pun tidak, penting untuk anda cuci wajah terlebih dahulu menggunakan makeup remover atau cleansing oil/milk. Seperti Scha, dia akan cuci wajah menggunakan cleansing milk bagi menanggalkan mekap. Gosok dengan lembut selama beberapa minit.
2. Selepas selesai, cuci wajah dengan menggunakan pencuci wajah. Ini bertujuan untuk kurangkan penghasilan minyak dan sebum yang boleh menghasilkan jerawat.
3. Kemudian bilas wajah dengan bersih dan oleskan skrub (sebesar syiling 20 sen) yang mengandungi sumber mineral bagi menanggalkan kotoran dan sel kulit mati.
Pastikan anda skrub wajah sebanyak 2-3 kali seminggu supaya wajah nampak sekata dan tak kusam.
4. Setelah selesai mencuci dan skrub, dab wajah yang basah menggunakan tisu bersih. Seterusnya dab toner untuk berikan kebersihan yang maksimum dan kekalkan kelembapan wajah.
5. Seterusnya oleskan serum untuk kunci kelembapan dan mengurangkan jerawat, jeragat dan bintik hitam. Pastikan kuantiti serum yang digunakan cukup-cukup saja, atau sebesar kacang pis.
6. Akhir sekali, kunci rutin skincare dengan oleskan pelembap (moisturizer) serta sunscreen di waktu siang. Malam cukup dengan serum dan pelembap sahaja.
Semoga bermanfaat!