Mempunyai raut wajah yang cantik, Dahlia Rizal iaitu isteri kepada Imran Aqil tak lokek berkongsi rahsia kecantikannya.
Menerusi laman media sosial, instafamous ini pernah menunjukkan set penjagaan wajah yang membuatkan kulit wajahnya anjal dan flawless walau tanpa solekan.
Kalau nak tahu, rupanya Dahlia add sheet mask ini dalam skincare routine.
Menurutnya sebab nak tahu berkesan atau tidak, jadi Dahlia cuba sendiri dan hasilnya, lihatlah kulit wajahnya!
Jadi kalau anda mahu kulit wajah flawless, makeup nampak smooth dan muka lagi berseri-seri macam pengantin baru, please consider buying this! And it works SUPER well!
Kongsinya lagi, setakat pakai ini, tiny bump and jerawat pun makin slowly pudar dan setiap pagi memang rasa freshing dah nampak kulit cerah.
1. Letak dalam fridge supaya lagi extra sejuk.
2. Boleh pakai hari-hari tapi selalunya Dahlia pakai 2 hari / x1 sheet mask sahaja dan set timer 10/15 minit.
3. Pakai waktu malam. Sungguh, keesokan harinya anda akan nampak beza pada kulit wajah. Lebih cerah dan tidak lagi kusam.
Ini langkah sebelum masukkan dalam set penjagaan wajah:
Cuci muka – toner – sheet mask – serum- moisturizer – eye cream
Nampak gaya, selepas ini anda pun boleh cantik tanpa mekap kalau amalkan skincare macam Dahlia. Apa yang penting, semua jenis kulit wajah boleh cuba!
Gambar: Dahlia Rizal