Rancang Makan Apa Untuk Sahur. Antara Tip Kawal & Turunkan Berat Badan Waktu Berpuasa!

Share

Tidak lama saja lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadan. Kata orang pada bulan puasa inilah kaedah terbaik untuk kita turunkan berat badan lebih sihat.

Maklumlah sepanjang hari kita berpuasa menahan diri dari makan minum sebelum tibanya waktu berbuka.

Bagi memastika kita kekal bertenaga sepanjang berpuasa, ada beberapa tip boleh diamalkan dan dalam masa sama boleh menurunkan berat badan.

Artikel Lain: Hilang Keyakinan Diri Sebab Masalah Jerawat. Aina Abdul Tak Sangka Kini Wajah Terpampang Di Billboard!

Perkongsian dari Mohd Shahfazreen memberitahu tip sesuai untuk kita amalkan nanti. Menurutnya jangan skip bersahur, sebaliknya pengambila portion yang betul boleh memberikan kita tenaga sepanjang hari.

Tip Turunkan Berat Badan Di Bulan Puasa

Tips bersahur untuk kekal atau turunkan berat badan di bulan Ramadan.

1. Makan sahur sekurang-kurangnya 500 kalori atau 1/3 dari keperluan kalori diri sendiri.

2. Sebaiknya makan karbohidrat kompleks untuk tenaga dan kenyang lebih lama.

3. Protein seperti ayam, ikan, daging, telur, cheese dan lain-lain beri tenaga berpanjangan.

4. Sediakan bahan masakan atau makanan sebelum tidur. Bangun nanti tak kalut.

5. Masuk tidur lebih awal agar mudah bangun sahur dan elak makan waktu tengah malam.

6. Mula awal dan lewatkan habis sahur. Dapat makan dengan cukup dan tak pedih ulu hati.

7. Minum air kosong secukupnya. 3-4 gelas okay dah. Cabaran puasa lebih pada dahaga.

Artikel Lain: Campuran Jus Limau Nipis & Garam, Petua Tradisional Putihkan Gigi, Segarkan Nafas

8. Kurangkan kuantiti minuman berkafein. Ia bersifat dieuretik. Cepat singkir air dari badan.

9. Elak makanan masin dan tinggi sodium. Ia cepatkan dehidrasi dan mudah rasa haus.

10. Elak fast food & dessert yang manis. Paras gula dan insulin jadi tinggi punca cepat lapar.

Info Ekstra: 
– Oats, beras perang, roti gandum dan sumber wholegrain lain karbo kompleks baik.
Jika makan nasi berlauk, ambil sayur sekali.

– Rancang awal nak makan apa untuk sahur lebih mudah. Dapat tentukan kalori sekali.
Cukup makan dan minum waktu sahur, jadi mudah nak kawal nafsu makan.

– Tak terlalu lapar, makan itu ini dan terlajak kalori setiap kali waktu berbuka nanti.
Begitulah.

Mohd Shahfazreen.
Ahlan wa sahlan ya

Artikel Lain: Tak Ambil Menu Berat Lepas 6 Petang. Rutin Sihat Fazura Kekal Langsing Lepas Bersalin!

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman