Rambut Gugur Lepas Bersalin, Gunalah Kiub Ais Limau Purut!

Share

Masalah rambut gugur lepas bersalin ini normal, walau kita sebenarnya boleh kehilangan sebanyak 150 helai rambut setiap hari.

Bagi ibu yang baru bersalin, rambut gugur menjadi lebih teruk disebabkan perubahan hormon.

Jadi macam mana anda rawat masalah rambut gugur ini? Haa… mungkin anda boleh cuba amalkan tip yang dikongsi oleh Puan Suzy Honey ini.

Rambut Gugur Lepas Bersalin, Ini Caranya!

Anak saya merungut kerana rambutnya mengalami keguguran selepas melahirkan anak. Kebetulan banyak limau purut di rumah kami. Jadi untuk memudahkan anak saya secara konsisten menjaga dan merawat keguguran rambutnya, saya menyediakan satu resepi yang memudahkannya untuk menggunakannya setiap kali diperlukan.

Wanita ramai yang mengalami masalah rambut keguguran dan tak kurang juga masalah kelemumur dan rambut berbau hapak kerana sering berpeluh.

Ini mungkin antaranya faktor, masalah hormon yang tidak seimbang terutama bagi wanita yang lepas bersalin.

Ramai orang tahu limau purut sangat bagus untuk penjagaan rawatan rambut.

Penggunaan limau purut sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi.

Ini resepi cara saya buatkan untuk rawatan rambut gugur. Cara ini juga membuat akar rambut jadi kuat dan pada masa yang sama ianya memberi bau yang harum pada rambut juga buat rambut menjadi sihat bersinar:

4 ke 5 biji limau purut dipotong.

1 gelas santan kelapa yang asli di perah – lebih baik guna santan segar lebih berkhasiat untuk rambut. Memberi sinar untuk rambut menjadi sihat.

Kedua bahan tersebut di blender sehingga hancur dan kemudian masukkan kedalam bekas ais ketul. Masukkan dalam peti beku.

Cara untuk rawatan, di ambil 1 ke 2 ketulan ais limau purut santan tersebut dan gosokkan ke kulit kepala.

Ini dapat menguatkan akar rambut dan menghilangkan pening kepala juga. Boleh dilakukan seminggu 2 kali untuk mendapatkan kesan.

Selamat mencuba!

Published by
Nadia