Rajin Workout Lepas Bersalin. Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova Kembali Langsing Lepas Lahirkan Anak!

Share

Rajin Workout Lepas Bersalin. Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova Cepat Langsing Lepas Lahirkan Anak! Ketika berada di zaman kegemilangannya, bintang tenis dunia ini sangat dikenali dan popular seantero dunia.

Kelincahannya menghayun raket menentang lawannya begitu digeruni. Kejayaan demi kejayaan diperoleh sepanjang karier bergelar bintang tenis handalan dunia sebelum mengumumkan persaraan sekitar Februari tahun 2020.

Siapa tidak mengenali Maria Sharapova, nama yang sentiasa meniti dibibir peminat sukan nombor satu ini. Bukan saja lincah di padang, Maria juga mempunyai seraut wajah cantik dengan ketinggian badan bak supermodel.

Rajin Workout Lepas Bersalin

Artikel Lain: Abah Ajar Guna Masker Beras. Rahsia Ziana Zain Kekal Cantik Walau Usia Dah 54 Tahun!

Justeru tidak hairanlah, ramai peminatnya teruja apabila Maria baru-baru ini mengumumkan bergelar ibu setelah melahirkan anak pertamanya, Theodore Julai lalu.

Pun begitu gelaran ibu tidak menjadi alasan buat Maria untuk mengabaikan penampilan sebagai seorang public figure.

Setelah empat bulan melahirkan, penampilan wanita ini tetap berada dalam kelas tersendiri dan tubuhnya juga kekal langsing walaupun setelah melahirkan.

Selain menjaga pemakanan, Maria juga rajin mengamalkan workout untuk memastikan dirinya kekal fit selepas melahirkan anak.

Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova

Dalam perkongsian di laman Instagram berjumlah 4.4 juta follower ini, Maria dilihat sedang melakukan workout selepas empat minggu melahirkan.

Menurutnya ketika itu baru dua minggu menggerakkan dan dia tidak pernah membayangkan badannya lemah seperti sebelumnya.

Namun Maria tetap cuba melakukan workout bagi memastikan dia mendapat energi secukupnya.

Tidak sia-sia melakukan workout, penampilan Maria tetap menawan dan semakin anggun dengan fizikal tinggi lampai persis supermodel.

Artikel Lain: Cantik Macam Aktress Bollywood, Ini Bahan Semulajadi Yang Diamalkan Dalam Rutin Kecantikan Mereka!

Cepat Langsing Lepas Lahirkan Anak

Terdahulu, bekas pemain No. 1 dunia itu mengumumkan persaraannya pada Februari 2020 dan ketika itu dia sempat me­ngajukan persoalan mengenai apa yang akan dilalui setelah meninggalkan satu-satunya kehidupan yang dijalani selama ini iaitu bermain tenis.

“Bagaimana rasanya mening­galkan gelanggang yang menjadi tempat latihan anda sejak kecil.

“Ia permainan yang anda gemari, sukan yang membuatkan air mata anda mengalir, sama ada kerana suka atau duka,” katanya dalam satu temubual.

Artikel Lain: Tak Kisah Makan 2 Sudu Nasi. Rahsia Azah Aziz Kekal Langsing & Awet Muda Cecah Usia 50 Tahun!

Published by
Siti Zurina Mat Saman