Pakai sleeping mask ini adalah langkah paling minimal sebelum tidur. Paling malas, cuci muka lepas itu pakai sapu atau lekat di muka dan boleh biarkan beberapa minit dan tidur.
Ada yang jenis boleh bawa tidur terus, lagi senang. Apa pun kena cuba kalau anda suka bawa muka tanpa mekap, nak mudah dan minimalis waktu keluar rumah.
Ya, satu produk sudah cukup untuk kesan glowing dan kurangkan masalah jeragat. Sleeping mask ini mudahkan anda yang malas nak pakai banyak lapis set penjagaan wajah macam serum, pelembap, retinol atau toner. Tampal sekeping atau guna jenis sapu, dah dapat kelainan pada kulit.
Salah satu sleeping mask yang bagus, anda boleh cuba Laneige Cica atau Yuja Niacin sebab bila pakai sepanjang malam, esok kulit reda sikit from whatever blemishes and dryness yang ada.
Apa yang best kulit akan nampak lebih sihat dan lembap, hilang masalah kusam dan kering. Percayalah, pakai moisturizer saja tak dapat result macam ini.
Kalau kulit anda tak alergi dengan bahan-bahan tertentu, highly recommend awak cuba sleeping mask ini. Cukup melembapkan kulit, menguatkan skin barrier serta soothing the skin. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.