Rajin buat rawatan ‘Ice Facial’ segarkan kulit muka, rahsia wajah comel & awet muda Mira Filzah. Pelakon Mira Filzah antara selebriti yang beruntung kerana dianugerahkan kulit yang cantik, halus dan bebas tanpa masalah jerawat.
Malah wajah comelnya yang kelihatan seperti budak sekolah ini kekal berseri, biarpun tanpa mengenakan sebarang solekan.
Bagi ibu kepada seorang cahayamata ini pernah berkongsi rahsia dalam satu portal memberitahu beberapa tip untuk mengelak wajah ditumbuhi jerawat.
Artikel Lain: Rutin Amalkan ‘Ice Facial’ Untuk Kekalkan Kesegaran Wajah, Cara Cantik Noryn Aziz Di Usia 40an
Menurut Mira Filzah untuk atasi masalah utama wanita ini dengan menasihat pengikutnya agar tidak mengambil makanan berminyak, banyakkan minum air putih dan elakkan diri daripada terlalu kerap menyentuh bahagian muka.
Selain itu, Mira yang berusia 29 tahun turut berkongsi rahsia untuk kekal awet muda adalah dengan mengamalkan ice facial.
Artikel Lain: Rawatan Sengkak Wajah, Rahsia Cantik & Kekal Awet Muda Tanpa Menyakitkan
Tambahnya ice facial ini mempunyai banyak manfaat antaranya mampu mengecutkan jerawat, melembut dan mencerahkan kulit, kurangkan kesan gelap bawah mata dan banyak lagi manfaatnya.
Jadi bagi yang mahu wajah kekal maintain awet muda boleh cuba petua daripada pelakon cantik ini.
Artikel Lain: Elisya Sandha Gigih Buat Senaman, Rahsia Badan Kekal Langsing Lepas 3 Bulan Bersalin