Nak pudarkan jeragat tanpa perlu habiskan duit, inilah caranya. Anda kena sediakan kentang dan lemon, dua bahan yang sangat membantu dalam ‘proses cantikkan’ kulit.
Kalau anda nak tahu, kentang adalah bahan berkanji yang sifatnya mencerahkan kulit, melawan proses cepat tua daripada usia.
Lemon pula adalah sejenis tumbuhan serba guna bersifat mencerahkan kulit secara berganda. Ini kerana kandungan antioksidan yang sangat tinggi dan vitamin C mampu menghentikan penghasilan melanin, menutup pori dan melawan jerawat.
Lemon Bantu Kecutkan Jerawat
Malah mereka yang memiliki jerawat tebal juga boleh mencuba merawat wajah menggunakan lemon.
Ramai yang mencuba memberi maklum balas positif dan gembira melihat keadaan kulit mereka selepas menggunakan sapuan lemon. Jerawat mula mengecut dan kering selepas beberapa hari.
Pudarkan Jeragat
Menerusi satu perkongsian daripada Noor Hafizah, apabila dua bahan alami ini digabungkan kedua-duanya bersifat mencerah dengan selamat tanpa rasa pedih dan menggelupas.
Bintik hitam, jeragat dan parut jerawat akan lebih mudah menjadi pudar dan seterusnya hilang.
Apa yang penting untuk hasil terbaik, wanita perlu mengamalkannya secara konsisten setiap hari. Anda juga kena tahu cara merawat kulit supaya dapat mengekalkan kecantikan.
Bahan-bahan:
1 biji ubi kentang
1 biji lemon
1. Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.
2. Rebus kentang sehingga empuk.
3. Masukkan kentang ke dalam pengisar bersama campuran air lemon. Kisar sehingga halus.
4. Bahan masker kentang lemon yang siap dikisar.
5. Hasilnya seperti dadih.
6. Sapu ke seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit. Alami aroma segar lemon dan biarkan ia meresap ke dalam wajah anda. Selepas itu basuh wajah dengan air biasa. Lakukan setiap hari agar bintik hitam dan jeragat semakin pudar dan terus hilang.
Nah, senang bukan? Lepas ini yang berduit atau tidak, anda tetap boleh bercantik-cantik di rumah setiap malam.