Nak jadi cantik tak semestinya perlukan produk mahal atau guna jenama terkenal.
Sebaliknya menggunakan bahan dapur juga boleh tampil lebih menawan dan paling penting menjimatkan serta selamat.
Seperti perkongsian wanita ini Aya Zuki yang hanya gunakan bahan dapur untuk membuat skrub berasaskan beras dan barli saja.
Menurutnya dia lakukan skrub ini hari-hari dan hasilnya kulit terasa licin dan flawless.
Skrub Guna Barli & Beras
Bahan-bahan:
Segenggam beras – basuh dulu
Garam
Barli
Cara Membuatnya:
Step A:
1. Basuh beras dulu lepas tu toskan air dan goreng tanpa minyak sampai beras kering.
2. Sudah kering masuk dalam blend kering.
3. Blend beras bersama garam sampai halus.
4. Garam untuk matikan kuman.
Step B:
1. Blend barli sampai halus macam beras.
Step C:
1. Lepas sudah blend beras, garam, barli dan campurnkan semuanya sekali sampai sekata.
2. Sudah siap boleh pakai dekat kulit muka dan badan. Skrub perlahan-lahan dan jangan terlalu kasar
3. Untuk org yg ada jerawat teruk jangan skrub kawasan jerawat. Nanti lagi teruk jerawat. Just tempek je skrub ini di kawasan jerawat.
Sebenarnya barli itu sendiri mempunyai banyak khasiat. Malah penggunaannya bagus untuk kulit jadi lebihbcerah, anjal dan awet muda. Antara kelebihan lain barli adalah:
– Kulit jadi lembut sangat
– Blackhead dan whitehead hilangg dari radar
– Kulit licin nak mekap pon rasa smooth saja
#tipsayazuki
#tipskulitlicin
#tipskulitflawlessk
Artikel Berkaitan:
Pernah ‘Down’ Sebab Berjerawat, Wanita Ini Kongsi Rahsia Wajah Kembali Jadi ‘Flawless’!
Nampak ‘Bersih’ Tapi Roti Dah Berkulat, Jangan Makan Elak Keracunan Makanan
Berjaya Hilangkan 21 Kg Dalam Masa 3 Bulan, Gadis Ini Kongsi 20 Menu Ringkas Diet Suku-Suku Separuh