Tak puas tengok Datin Nina Juren, cantik kulitnya walau sudah berusia 53 ahun. Ini jadi idaman setiap wanita yang seusianya, boleh bebas keluar tanpa mekap tebal.
Berkongsi rutin kecantikan yang diamalkan, Datin Nina Juren setia menggunakan sabun tawas untuk membersihkan wajahnya.
Kongsinya, “Sampai hari ini saya tiada pencuci muka, tak pernah beli. Saya ni pemalas sikit nak ikut setiap langkah penjagaan kulit.
“Jadi saya akan guna sabun tawas, untuk buang mekap saya guna tidu basah. Bila dah bersih saya akan basuh muka guna sabun tawas,”
luahnya.Nina turut menafikan ada pihak yang menyangka dia mendapatkan rawatan wajah di pusat kecantikan.
“Kali terakhir saya pergi lakukan rawatan kecantikan masa usia 26 tahun. Kalau pergi buat rawatan, saya rasa muka akan semakin teruk.
Risau juga buat saya lebih kerap nak ke tempat itu untuk mendapatkan rawatan lain pula,” kongsinya.
Selain menggunakan sabun tawas, Nina juga menggunakan sheet mask setiap hari untuk memastikan kulit wajahnya mendapat khasiat mencukupi.
Bukan itu sahaja, malah dia juga akan memastikan diriya mendapatkan tidur yang cukup.
“Saya rajin pakai sheet mask, yang biasa saja tapi letak dalam peti sejuk dan pakai setiap hari.
“Ambil masa 20 minit dan saya pakai pelbagai jenis sheet mask bukan untuk melembapkan muka sahaja tetapi untuk dapatkan pelbagai khasiat,”
kongsinya.“Waktu tidur juga saya akan pastikan cukup. Saya akan pastikan sebelum tengah malam saya kena masuk bilik tidur dan berehat.
“Saya ada baca, tidur yang cukup sangat penting. Tidur lah lama mana pun siang hari tapi tak akan sama dengan tidur waktu malam,” cerita Nina.
Ini dah masuk 50-an, Nina mula merasai perubahan kulit wajahnya dan mula menitik beratkan mengenai penjagaan asas.
“Selepas Covid-19 baru saya mula pakai krim pelindung kulit wajah dan saya nampak kulit wajah selepas 50 tahun cepat berubah, jadi panik.
“Masa itu saya baru pakai sunscreen, itu pun agak memilih sebab tak suka pakai yang melekit,” luahnya.
Pernah lah terdetik untuk mendapatkan rawatan laser atau suntikan botox bagi merawat kedutan yang dialaminya.
Namun bimbang untuk melakukan perkara tersebut sebat tengok kesan yang dialami oleh sahabatnya yang pernah melakukan rawatan berkenaan.
“Saya teringin tapi takut sebab ada kawan buat dan tak jadi pun. Lagi pun kalau buat rawatan itu macam ketagih. Mula-mula ubah hidung kemudian ubah mulut.
“Kalau berani tentu saya akan naikkan kening sikit, tapi saya takut sebab sekarang pun saya pegang watak emak,” kata Nina.
Cantik semula jadi, itu satu lebihan Datin Nina Juren dengan bertahi lalat di bahagian mulut menaikkan lagi serinya.