Rahsia Bintik Hitam Hilang Tanpa Rosakkan Kulit. Wajah Kekal Berseri Dalam 2 Minggu!

Share

Rahsia Bintik Hitam Hilang Tanpa Rosakkan Kulit. Wajah Kekal Berseri Dalam 2 Minggu! Setiap wanita pastinya akan berdepan dengan masalah bintik hitam terutama apabila pertambahan usia. Malah masalah ini akan jadi lebih serius jika mengabaikan rutin penjagaan wajah.

Melasma atau bintik hitam pada wajah mungkin tidak memberikan kesan kepada kesihatan namun ia seakan ‘membunuh’ jiwa mereka yang mengalaminya.

Rahsia Bintik Hitam Hilang Tanpa Rosakkan Kulit

Artikel Lain: Bibir Gelap Buat Wajah Kusam, Ini Langkah Dapatkan Bibir Merah Semula

Gambar sekadar hiasan.

Ia disebabkan oleh banyak perkara termasuk pendedahan matahari yang berlebihan, faktor ginetik  dan sejarah penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan terlarang.

Sebaiknya bintik hitam atau lebih dikenali sebagai pigmentasi ini perlu dicegah dan dirawat sebelum semakin besar dan melitupi keseluruhan wajah sekaligus menjadikannya sukar dirawat.

Sering menjadi solusi serta penjagaan terbaik dalam kategori penjagaan wajah, NIVEA, jenama kulit No.1 di dunia menganjurkan acara sambutan “NIVEA Luminous Skin Journey” yang menampilkan seratus selebriti terkenal dan influencer kecantikan yang merupakan pengguna NIVEA LUMINOUS630.

Artikel Lain: Puasa Lebih 12 Jam Selang Sehari, Ambil Nasi 2 Sudu. Rahsia Bonda Rozita Jadi Kurus & Cantik!

Antara yang hadir memeriahkan acara itu ialah KOLs selebriti kecantikan seperti Yana Samsudin, Emma Maembong, Elfira Loy, Mayho dan Miko yang berkongsi bagaimana Serum Anti Bintik Hitam No.1 Dunia ini membantu mereka mengatasi masalah bintik hitam yang tebal.

NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum adalah ciptaan anti-bintik hitam terobosan yang dirumus khas bagi mengurangkan bintik hitam, garisan halus dan berupaya meningkatkan keserian dalam masa 2 minggu sahaja tanpa merosakkan kulit. Hasilnya serum ini terbukti 10 kali lebih berkesan berbanding menggunakan bahan aktif pencerah lain.

Wajah Kekal Berseri Dalam 2 Minggu

Selain barisan selebriti yang berkongsi pengalaman merawat bintik hitam, sesi perkongsian pakar oleh Dr Shazril dan Dr Nicholas turut memberikan pandangan dari sudut saintifik.

Demonstrasi solekan secara langsung memberikan bukti visual bahawa menutup bintik hitam dengan solekan bukanlah penyelesaian dan menekankan kepentingan merawat punca masalah kulit dari dalam.

NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum dan rangkaian penuhnya boleh didapati di semua cawangan Watsons dan secara dalam talian di kedai rasmi NIVEA Official. Untuk maklumat lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terbaru, sila ikuti www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/

Artikel Lain: Tak Skip Pakai Pelembap Muka & Pelindung Matahari. Rahsia Kulit Eyka Farhana Cantik & Flawless!

Published by
Siti Zurina Mat Saman