Bilik tidur antara tempat yang perlu dijaga setelah penat berhempas pulas menguruskan hal rumah tangga dan keluar mencari rezeki.
Bagi memastikan keselesaan, ruang bilik tidur perlu sentiasa bersih dan wangi bagi mewujudkan mood bekerja dari rumah.
Jadi penggunaan pewangi bilik mampu menjadikan mood menjadi lebih baik dan tenang untuk letak kepala.
Rahsia Bilik Tidur Wangi
Perkongsian seorang pengguna di Facebook, Emma Wan Noordin yang memberitahu dia tidak gemar jika rumah berbau.
Jika dulu dia hanya membeli spray haruman bilik yang biasa tetapi baunya tidak tahan dan sekejap sahaja sudah hilang.
Dia mencadangkan pengunaan pewangi elektrik daripada jenama Bath and Body Workd. Baunya sangat wangi apabila dipasang hingga baunya boleh sampai keluar bilik.
I ada sejenis penyakit tak boleh ada bau dalam umah. Tak kisah bau ketiak atau bau memasak
Dulu i dok beli spray bilik biasa… Selalu spray bilik. Tapi bau tak tahan lama, kejap je dah hilang.
La ni beli yang electrik Bath and Body work ni. On je… Bau wangi sungguh. Pasang kat bilik sampai keluar bau.
Tahan lama sebotol ni berbulan kot kalau on tak off2 switch.
Tapi kena beli kepala dia ini lah dulu. Kepala pun brand bath n body work ya.
Baru pasang botol perfume tu. Kepala dia macam-macam jenis ada. Cantik-cantik.
Kalau nak bau lebih kuat, i beli yg botol kecik ni (gambar ketiga dan keempat) . Dia pati concentrated atau pati pekat.. Kuat giler bau nya.
Sekali spray saja terus meresap bau dia dari atas turun ke bawah umah.
Lega ada perfume-perfume ni… tak payah beli yang biasa botol-botol besar pasaraya tu lagi dah.
Pergi je body n bath work. Atau shopee je lah senang. Ada beratus-ratus bau dan jenis. Search shopee “bath and body works room perfume”
Artikel Berkaitan:
Air Minuman Masih Selamat Diminum Walaupun Dah Lepas Tarikh Luput. Ini Penjelasan Lanjut Ahli Kimia!
Jangan Salah Beli. Ini Caranya Pilih Skincare Sesuai Dengan Kulit Wajah Elak Kulit Berjerawat!