Pudarkan Jeragat Guna Tiga Bahan Dapur, Ini Petua Orang Lama Amalkan

Share

Kalau rasa nak pudarkan jeragat dengan cara jimat dan selamat, anda boleh cuba tip yang dikongsikan wanita ini.

Bila masuk 30-an, nak tak nak anda kena juga pakai sesuatu di wajah bagi cerahkan kulit untuk hilangkan sel kulit mati. Tetapi kalau rasa tak rajin nak pakai banyak langkah, anda boleh cuba tip cuba petua semula jadi yang dikongsikan oleh Hawa ini sebagai rujukan.

@ohana.hq Ramai mintak #tipsjeragat 😊#dituruti��🏻 .Kali nie hawa #share #petua yg menjadi pada mak hawa sendiri dgn hanya guna LEMON , KUNYIT DAN TEPUNG BERAS .DAPAT #bantu HILANG JERAGAT & TOMPOK2 HITAM.#fyp #tipsjeragat #jeragattreatment #jeragatdegil #darkspot #petuacantik #treatmentwajah #ohanamalaysia #ohanawhiteninglotion ♬ suara asli – Pras

Pudarkan Jeragat Guna Tiga Bahan Dapur, Ini Petua Orang Lama Amalkan

Ramai minta tip jeragat, kali ini Hawa share petua yang menjadi pada mak Hawa sendiri dengan hanya guna lemon, kunyit dan tepung beras dapat bantu hilangkan jeragat dan tompok-tompok hitam. Selepas cuci muka kulit muka rasa halus je.

Review jujur selepas basuh muka, kulit Hawa rasa berangin dan betul-betul nampak berseri.

Bahan-Bahan:

1 sudu tepung beras
1/2 sudu serbuk kunyit (nak guna kunyit hidup pun boleh)
1 biji lemon (perah jusnya)

Cara Membuat:

1. Masukkan tepung berad dan kunyit ke dalam mangkuk.
2. Kemudian, masukkan perahan jus lemon tadi dan gaul rata.

 


3. Gosokkan perlahan-lahan di seluruh kulit muka.

4. Biarkan 5 hingga 10 minit.

5. Setelah itu bilas dengan air sebersih-bersihnya.

Hasilnya selepas basuh muka, kulit Hawa rasa berangin dan betul-betul nampak berseri.

Info Ekstra!

  • Amalkan 2 kali seminggu dan buat secara konsisten.
  • Lebihan boleh disimpan dalam peti ais tak boleh lebih 3 hari.

Tak mudah nak hilangkan tetapi kalau pudarkan jeragat, inshaa Allah akan nampak hasilnya. Kemudian kena lah rajin pakai pelindung wajah ya, sunscreen itu wajib! Barulah dapat kurangkan masalah jeragat.

IKLAN