Ada ramai yang suka pilih mekap dan skincare jenis 2 in 1 sebab nak mudah dan cepat tetapi kurang ambil tahu kesannya efektif atau tidak untuk kulit wajah.
Contoh mudah yang jenis 2 in 1 adalah foundation yang jenis ada SPF terus, bagai cendawan tumbuh lepas hujan, banyak sangat di pasaran.
Malah, ini menjadi trend baharu untuk produk kecantikan masa kini kerana mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.
Bagaimanapun, sejauh manakah keberkesanan alat solek ‘2 in 1’ (2 dalam 1) ini?
Memetik laporan Okezone, produk penjagaan wajah yang terdapat dalam alat solekan adalah kurang efektif.
Mengambil contoh bedak yang mengandungi produk pelindung matahari atau lebih dikenali SPF, kandungan bahan tersebut tidak dapat ‘bekerja’ sepenuhnya pada kulit.
“Jumlah SPF yang dioleskan pada wajah adalah pada kadar dua jari sahaja, jika ia terkandung dalam bedak, maka jumlah yang digunakan mungkin tidak mengikut kadar tersebut.
“Dari sudut kesihatan ia tidaklah bagus untuk kulit, oleh itu, pengguna disarankan untuk membeli produk berkenaan secara berasingan,” lapornya.
Jadi pilihan di tangan anda, nak pilih yang terbaik lebih molek cari skincare khusus mengikut masalah kulit.
Paling penting kena ada sunscreen yang betul-betul sesuai dengan jenis kulit anda sama ada kering atau berminyak, jangan main beli ikut orang pakai.
Semoga bermanfaat untuk anda yang nak jaga kulit wajah.
Kredit info: Okezone