Kecantikan

Petua Orang Lama Cerahkan Kulit, Kisar 3 Bahan Ini Jadikan Masker

Share

Masih ramai yang setia guna petua orang lama cerahkan kulit, nak-nak untuk naikkan seri pada saat akhir dengan cara selamat tanpa bahan kimia.

Salah seorang yang masih setia menggunakan tip cantik daripada bahan alami adalah, Puan Puteri, cukup ada tiga bahan dapur ini, jom baca macam mana nak buat masker jadikan kulit sihat tanpa cela.

Petua Orang Lama Cerahkan Kulit

Bahan-bahannya:

Nasi
Susu
Madu

Ambil nasi putih untuk kisar.

Campurkan dengan susu segar selepas nasi dikisar.

Kemudian, masukkan sedikit madu asli ke dalam bahan yang sudah digaul sebati tadi.

Sambung kisar lagi dan tengok hasilnya.

Lumur ke wajah dalam beberapa minit.

Jangan terus basuh ya, biar masker tadi kering dulu sekejap.

Nah, ini lah hasilnya! Memang terbaik dan rasa perbezaan pada kulit. Lembut dan lebih cerah, rajin buat setiap minggu lagi bagus.

Jika konsisten anda tak perlu lagi beli masker di kedai, buat sendiri lagi puas hati dan boleh guna bahan apa yang ada didapur sahaja untuk cantik!

 

IKLAN