Petua Kurangkan Kedutan, Umur 50-an Pun Kulit Masih Anjal

Share

Sebaiknya golongan wanita kena tahu petua nak kurangkan kedutan. Bila usia dah masuk 40-an, mulalah nampak kedut-kedut di bahagian muka dan tangan.

Apa yang kurang selesa, ada juga yang nampak lebih tua daripada usia sebenar. Bukan tidak nak mengaku diri sudah tua dan yang pasti tua itu bakal akan kita lalui. Cuma apa yang boleh kita lakukan untuk lambatkan proses penuaan adalah dengan mengamalkan petua orang lama-lama.

Petua Kurangkan Kedutan, Umur 50-an Pun Kulit Masih Anjal

Antara perkongsian daripada Zuriaty Musa dalam video tiktoknya tentang petua yang boleh kita gunakan pada kulit untuk mengurangkan dan melambatkan proses penuaan.

Jangan ingat bila dah berumur, kita biarkan saja kulit badan berkedut. Maklumlah sudah tua nak kulit tegang macam mana lagi. Itulah yang selalu dikatakan. Tak kisah dengan kedutan kulit.

Tak dinafikan semua orang lali fasa ini dan tak mustahil ada daripada kita nampak lebih tua dari usia sebenar.

Jadi, ada cara untuk kurangkan kedutan dan lambatkan proses penuaah. Guna cara yang dikongsikan ini.

Bahan-bahan:
2 sudu jus lemon
1s udu Serbuk kunyit
1 sudu Vaseline
Sedikit minyak kelapa

Caranya:
1. Dalam mangkuk, masukkan jus lemon, serbuk kunyit dan vaseline. Kacau sebati.

2. Selepas itu, masukkan sedikIt minyak kelapa. Gaul sebati.

3. Kemudian, sapulah pada bahagian tangan, kaki dan boeh juga sapukan pada muka.

4. Pakai setiap malam dan lihatlah hasilnya.

Hah, jangan lupa amalkan petua lambatkan kedutan ini ya. Ya, semua orang akan tua tetapi sekurang-kurangnya ada usaha untuk anjalkan kulit wajah agar wajah tak nampak tua sebelum umur sebenar. Selamat mencuba!

Sumber: zuriaty_musa (tiktok)

IKLAN