Pernah Kena Tegur Kawan, Wanita Kongsi 7 Produk Pulihkan Wajah Breakout Dalam Masa Sebulan

Share

Pasti sukar berdepan dengan sitúasi apabila wajah jadi breakout. Setelah mencuba pelbagai produk, tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan, malah jadi lebih teruk.

Perkongsian wanita ini Amyrah

yang pernah berdepan masalah breakout, tetapi berjaya memulihkannya hanya menggunakan produk drugstore.

Ayuh ikuti perkongsiannya di laman sosial Facebook beberapa tahun lalu. Boleh dijadikan panduan bagi mereka yang berdepan masalah ini.

TIPS UNTUK RECOVER MUKA YANG BREAKOUT

Alhamdulillah muka Kak Mighah dah recover balik dari breakout yang teruk gila

Ingat lagi time tu bangun pagi nak cuci muka ehh apa ni muka kasaq, lepas tu tengok cermin, ya allah pasaipa muka jadi mcm ni . Yang dahi dia naik biji biji yang ada air bisa tu.. memang geram rasa nak kikis ja dahi huhu.. kat pipi biji pasir, kena tahan diri dari picit sebab semua tu kuman nanti lagi merebak tau.

Ramai orang tegur awat muka jadi macam ini, sebab sebelum ini memang muka dok okay haa..Muka start jadi mcm ini bulan may hari tu, sebab allergic habuk, pernah juga jadi sebab salah pakai product.. alhmdulillah raya baru ni recover

Wajah sebelum.

Nasib baik kalau tak raya pon murung ja muka masalah gini. Kira sebulan lebih juga nak recover.. sekarang parut dah tinggal merah-merah ja dan ada la jerawat hormon yang naik kekadang tu.. kalau makan kekacang tu dia naik la

 

Tapi dah tak risau sebab tau dah nak pakai apa dan cepat kecut jerawat. Time jadi gini abah mak smpai ajak pergi klinik sebab mmg terok.. ubat klinik pakai tak okay juga

Thanks Beloved Alyf Afiq, my biggest supporter..  I love you

Kak Mighah share naa, caption di setiap gmbr

Moga bermanfaat utk kita semua taw, share jangan tak share.

Kulit yang tak dak masalah pon boleh amalkan, takkan kita nk tunggu kulit rosak baru nak start. 

Wajah terkini.

1. Okay make up remover ini wajib kita guna, untuk remove make up. Even pakai bedak sikit ja pon wajib remove dulu. Sebab nak make sure muka kita bersih and remove guna kapas biasa yang kita guna. Boleh dapat kat watson/guardian. Harga dalam RM14+ kalau sale lagi murah boleh dapat. Tahan sebulan. 

2. Lepas remove make up, Kak Mighah cuti pakai cetaphil ini.. dia ada dua jenis untuk kulit normal dan untuk kulit allergic. Kak Mighah guna yang ini, memang best sangat lepas cuci muka rasa lembut. Dia tak berbuih, High recommended untuk kulit breakout. Tapi jangan pkai sekejap jaa tengok muka terus tak berubah terus tinggal. its take time taw.. kena pakai sampai muka okay. Lepas itu muka akan licin. Yang ini lebih kurang RM40+ kalau tak silap. Yang untuk kulit allergic RM60+.

3. Safi gamat ini elok untuk jerawat dan dia ada habbatus sauda. Contoh kalau cetaphil habis kita boleh cover yang ini. Harga tak ingat dah berapa sebab lama dah beli.

4. Haa lepas dah cuci muka segak segak, lap muka bagi kering dengan tuala bersih tak pun kapas muka. Lepas itu buat dap dapp muka dengan toner ni. Jerawat cepat kecut. dia protect muka kita dari jerawat. Memang best sangat-sangat. Harga dalam RM5 ringgit, kat watson cari tak ada, tapi mall biasa ada rasanya 

5. Okay lepas toner dah kering, kita apply moisturizer ini. Sebab muka kita memang wajib guna moisturizer sebab nak elakkan muka jadi kering. Alhmdulillah sepanjang pakai memang muka lembut ja rasa. Aloevera memang elok kan.  Tapi make sure beli yang original jangan beli yang siam pula  Ni Kak Mighah beli kat The face shop. Tahan lama tau

6. Tidact ini apply bila muka naik jerawat hormon. Yang jerawat period, Jerawat allergic seafood. Pakai sikit ja calit kat jerawat tu sahaja jangan banyak. Harga dalam RM20, boleh beli kat farmasi terdekat anda.

 

7. Kita juga wajib detox badan kita, yang makanan bermnyak atau yang tak elok untuk penghadaman kita kena cuci bg usus bersih. Sebab dari usus kotor la macam macam naik kat muka.  Make sure yang ada collagen sebab collagen yang akan bagi kulit kita gebu gebas putih.  Jus slimming detox ini bagus sebab dari buahan juga dan ada vitC.. Ini hrga dalam Rm80 sesuai untuk semua 

Nota kaki: Kalau muka breakout mesti ada parut kan, kalau parut kita kena pakai scrub untuk buang kulit mati, atleast seminggu 2 kali pon dah memadai tau. Banyak sekarang scrub yang ada kat pasaran so boleh pilih ja taw. Tapi Kak Mighah selalu buat sendiri jimatttttt hiks.

Bahan-bahan untuk scrub.

1. Beras yang direndam semalam, segenggam pon cukup. Beras buat kulit kita lembut

2. Kunyit hidup/serbuk. Kunyit berfungsi matikan kuman juga dan kecutkan jerawat

Blend dua-dua ini tempek la kat muka, waktu nak blend letak air beras sikit yang kita rendam tu.

Pakai dalam setengah jam or dah kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam dan usap-usap macam buat scrub, nanti white head black head semua hilang. Kulit mati pon keluar , air suam berfungsi bagi pori terbuka so akan cuci la minyak-minyak yang tersumbat kat pori. And then bilas dengan air sejuk bagi tutup balik pori.

Artikel Berkaitan:

Muka Pernah Alami Breakout Teruk, Wanita Ini Pilih Jumpa Doktor Pakar Pulihkan Wajah!

Berhenti Pakai Skrub Kalau Wajah Terus Breakout, Semak 7 Tip Lain Elak Kulit Jadi Lebih Teruk

Pulihkan Wajah Breakout Guna Produk Disyorkan, Hasilnya Kulit Jadi Lebih Cantik & Flawless

Published by
Siti Zurina Mat Saman