Perempuan Betul-betul Cantik Pada Umur 30an, Ini Buktinya!

Share

Orang perempuan betul-betul cantik pada umur 30an, nak-nak pula kalau sudah pandai cari duit sendiri. Malah bila makin bertambah usia, nampak perempuan golongan ini pandai jaga badan walau sudah ada anak.

Kata orang lama, nak tengok wanita yang paling cantik adalah pada usia 30an. Ini bukan main petik tapi betul-betul dibuktikan melalui kajian saintifik tau!

Selain itu, ramai wanita juga mengakui bahawa usia 30an adalah ‘usia keemasan’ di mana mereka berasa serba cukup dalam kehidupan. Betulkah begitu?

Mari kita tengok beberapa alasan dan buktinya di bawah.

Perempuan Betul-betul Cantik Pada Umur 30an, Ini Buktinya!

1. BANYAK PENGALAMAN
Berbanding usia 20an, wanita yang berusia 30an biasanya lebih matang dan berpengalaman. Kalau dulu ramai yang dalam fasa tercari-cari, wanita 30an lebih berani untuk mengatakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ tanpa berasa ragu.

Mereka kini lebih fokus terhadap prioriti dan tahu mengendalikan segala rutin harian dengan lebih baik. Jadi, mereka tak mudah melatah kerana self control masing-masing berada pada tahap yang paling optimum. Menurut Women.com, secara tak langsung, ini menyerlahkan lagi daya penarik mereka.

2. PANDAI BERGAYA
Kebanyakan wanita 30an nampak lebih sofistikated dan bergaya berbanding zaman mudanya kerana pada masa ini mereka lebih selesa dengan diri masing-masing.

Tak perlu berlebih-lebih, pakailah sesimple mana pun, tetap ayu dan nampak cantik!

3. TIADA LAGI MASALAH KULIT YANG TERUK
Perasan tak, kalau sebelum ini macam-macam produk dipakai untuk menghilangkan jerawat, mengurangkan keputihan, bau badan dan sebagainya. Tapi semua masalah ini seolah-olah hilang begitu saja apabila usia mula menjengah usia 30an. Wajah pun nampak lebih bersih, berseri sedangkan kita dah tak pakai sebarang make-up.

4. ADA DUIT SENDIRI, BOLEH BELI APA YANG DIA SUKA
Bagi yang bekerja, biasanya pada usia ini ramai yang sedang berada di ‘puncak’ kerjaya masing-masing. Ada yang dinaikkan pangkat, dah habis belajar Master / PhD, berjaya mengembangkan bisnes atau rasa seronok menguruskan anak-anak di rumah.

Tak kiralah apa pun yang sedang dilakukan, wanita pada usia ini kebanyakannya seronok dan puas dengan apa yang sedang diusahakan. Kurang rasa stres, serabut dan tension macam yang biasa dirasakan pada usia 20an dulu.

5. WAKTU TENANG
Wanita pada usia 30an juga biasanya sudah berkeluarga dan dah settle down di rumah dan banyak melakukan pelbagai aktiviti sendiri. Menurut survei yang dilaporkan melalui Telegraph.UK, kebanyakan wanita berasa paling konfiden, menarik dan selesa dengan diri sendiri ketika berusia 31 tahun.

Lihat saja selebriti kita, kebanyakannya lebih terserlah perwatakannya dan nampak lebih menawan pada usia 30an – contohnya Zizi Kirana dan Lisa Surihani. Begitu juga dengan selebriti antarabangsa seperti Hayley William, Rihanna dan Adele juga nampak lebih anggun dan classy setelah mencecah usia 30 tahun. Bahkan, Song Ji Hyo yang dah berusia 37 tahun tetap nampak comel dan konfiden!

KECANTIKAN SEBENAR DATANG DARI DALAM
Apa pun alasannya, fakta ini hanyalah penanda aras yang diukur secara kolektif melalui pengumpulan data.

Namun tak kiralah berapa pun usia anda, cantik itu akan terbias elok bila orangnya baik dari hati dan bijak mengurukan emosi. Pendek kata, kalau cantik di hati, yang lain-lain pun akan ikut sama terkena tempiasnya!

Published by
Nadia