Penjagaan Diri

Tip Kilatkan Barang Kemas Di Rumah, Buat Sendiri Jimat Masa Dan Poket

Share

Ini cara kilatkan barang kmas di rumah dengan senang dan jimat. Tip ini untuk anda yang tak sempat pergi ke kedai emas untuk cuci barang kemas.

Sesuai dengan musim nak raya, mestilah tip yang dikongsikan Puan Awyn Othman

ini sangat berguna untuk naikkan seri golongan wanita.

Tip Kilatkan Barang Kemas Di Rumah

Kebanyakan wania cukup sibuk musim perayaan, jadi nak jimat waktu perayaan, ini lah caranya. Jom tengok, apa yang perlu ada:

1. Sabun cuci pinggan
2. Air panas satu gelas
3. Small brush
4. Barang kemas yang nak dicuci
5. Tuala kecil atau tisu

Step Mencuci

Masukkan sabun dalam gelas yang berisi air panas. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam dalam 1 atau 2 jam.

Lepas itu berus-berus manja dengan berus gigi. Bilas dengan bersih.

Keringkan barang emas di atas towel atau tisu. Siap!

Haaa… boleh lah melawa dengan barangan kemas yang lama pun, tetapi cantik! Semoga bermanfaat, nanti cubalah, jimat masa dan poket anda!

IKLAN