Nak selesa berjalan, senaman peha kena buat walau sekejap. Bimbang juga sebab takut nanti seluar yang sudah dibeli tiba-tiba tidak muat.
Sebab itulah perlunya melakukan aktiviti fizikal agar dapat mengekalkan bentuk badan yang ideal dan menarik.
Antara cara yang boleh dilakukan ialah senaman mengecilkan bentuk paha. Memetik perkongsian Hello Doktor, kekurangan lemak pada bahagian bawah badan akan memberikan kesan ilusi langsing.
Namun, sebelum melakukan sebarang gerakan, anda perlu memanaskan badan dengan senaman ringan selama 5 hingga 10 minit terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya kekejangan.
Jom semak empat senaman yang boleh dilakukan menurut CNN Indonesia dan Hello Doktor.
Boleh buat di atas katil sahaja. Sama gerakan seperti gunting, latihan sebegini dapat menguatkan otot paha bahagian dalam dan luar serta perut.
Caranya dengan baring secara telentang menghadap ke atas. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan, sementara tapak tangan diletakkan berhampiran telinga.
Bengkokkan kaki sehingga membentukkan 90 darjah. Lakukan gerakan kaki secara menyilang kiri dan kanan sekitar 45 saat.
Tekniknya sama seperti sedang mengayuh basikal, namun dilakukan secara berbaring.
Baringkan tubuh menghadap ke atas di samping meletakkan tangan sejajar dengan badan.
Kemudian, lakukan gerakan seperti mengayuh basikal sekitar 45 saat. Aktiviti ini baik untuk melatih ketahanan otot pinggul dan sendi.
Senaman begini sering menjadi pilihan golongan selebriti dan individu yang aktif bersukan.
Caranya mudah dan perlu dilakukan sebanyak dua set (15 atau 24 kali bagi satu set).
Aktiviti ini perlu dilakukan ketika berdiri dengan jarakkan kaki. Berdiri dengan tangan pada bahagian sisi badan.
Kemudian, rendahkan badan secara perlahan-lahan sambil membengkokkan lutut sehingga membentuk 90 darjah.
Paling utama, pastikan bahagian belakang badan lurus dan kekal tegak sementara lutut tidak membengkok melebihi jari kaki.
Cuba ulang gerakan sekitar 15 hingga 24 kali kali untuk melengkapkan 1 set senaman.
Satu lagi senaman yang boleh dilakukan ketika berbaring. Caranya pusingkan badan dan baring secara mengiring ke sisi.
Senaman ini perlu dilakukan untuk bahagian badan di sebelah kiri dan kanan.
Bengkokkan siku 90 darjah dan pastikan kaki berada dalam keadaan lurus. Seterusnya, angkat kaki ke udara secara berulang selama 45 saat.
Kalau anda melakukan untuk sebelah kiri, kemudian lakukan gerakan sama untuk sebelah kanan.
Secara ringkasnya berikut antara senaman yang boleh dilakukan untuk mengecilkan paha. Sebaiknya buat secara konsisten untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!