Perkara yang golongan wanita selalu ragu-ragu waktu bulan Ramadan adalah pakai lipstik. Agak-agak boleh atau sebaliknya?
Tak pakai macam nampak pucat dan kering, jadi masalah ini sepatutnya anda tahu dan ambil peduli.
Okay jom baca perkongsian ilmu daripada penceramah bebas iaitu Ustaz Wadi Annuar tentang hukum memakai gincu ketika sedang berpuasa adalah makruh.
Jelasnya, makruh. Ini kerana pemakaian gincu dibimbangi boleh menyebabkan seseorang terjilat bibir dan menelannya sehingga membatalkan puasa.
Ciapan berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang masih kurang jelas mengenai pemakaian lipstik ketika berpuasa sehingga ada juga yang bimbang jika puasa mereka sebelum ini tidak diterima.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri juga pernah mengulas hal ini apabila menerima persoalan sama daripada orang ramai.
Beliau menjelaskan bahawa tidak salah untuk memakai lipstik ketika sedang berpuasa selagi mana individu itu tidak menelan masuk ke dalam rongga.
“Hukum penggunaan lipstik pada siang hari Ramadan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana ia tidak menelan masuk ke dalam rongga.
“Sekadar terdapat ‘rasa’ di bibir maka ianya tidak membatalkan puasa,”
jelasnya.Sama juga dengan situasi seseorang yang merasa makanan dengan lidah, sudah pasti memberikan kesan rasa. Namun selagi mana individu itu tidak menelannya maka tidak batal puasa itu.
Jika hanya sekadar dirasai di bibir, maka ini masih tidak membatalkan puasa seseorang.