Nak pilih baju raya yang sesuai dengan bentuk badan bukan hanya soal mengikuti trend tetapi juga tentang merasa selesa dan tampil berkeyakinan.
Mana taknya, dari hari pertama puasa, dah mula jaga pemakanan. Untung-untung adalah sedikit penurunan berat badan. Banyaklah sikit baju yang boleh digayakan.
Tetapi sebelum membeli, jom semak lima tips memilih baju raya yang ideal dengan bentuk badan anda.
Pilih baju dengan potongan yang menekankan pinggang anda. Baju kurung moden atau kebaya yang fit di bagian pinggang dan lebar di bagian bawah dapat menonjolkan bentuk tubuh anda dengan indah.
Fokus pada keseimbangan tubuh dengan memilih atasan yang dapat menarik perhatian ke bagian atas tubuh anda. Atasan dengan detail atau hiasan di bagian bahu dan dada, serta bawahan dengan potongan sederhana, dapat membuat penampilan anda lebih seimbang.
Pilih baju raya dengan potongan lurus atau A-line untuk menyamarkan bagian tengah tubuh. Baju kurung atau kaftan dengan detail vertikal atau corak yang menarik dapat memberi ilusi tubuh yang lebih ramping.
Agar nampak seakan memiliki potongan gaya ramping, pilih baju raya yang memiliki detail atau potongan yang dapt menambah dimensi seperti ruffles, draperi, atau sabuk di pinggang. Baju dengan potongan peplum juga boleh menjadi pilihan yang baik untuk menambah kesan feminin.
Fokus untuk menambah volume pada bagian bawah tubuh anda dengan memilih rok atau bawahan yang lebar. Manakala bahagian atas cukup dengan potongan sederhana tanpa banyak detail pada bahu agar tidak Nampak lebar di bahagian bahu.
Rupanya pelbagai jenis fesyen dan potongan yang boleh menampakkan efek langsing. Sebut tentang kepelbagaian, dah tentu Isetan KLCC ada segalanya.
Jadi sempena sambutan Hari Raya tahun ini, koleksi Neo Raya 2024 dari Isetan KLCC menampilkan kompilasi fesyen dan gaya hidup yang bersimfonikan tradisi dalam sentuhan serba baharu dan moden.
Bagi tahun 2024, ada lebih daripada 25 koleksi Hari Raya yang diketengahkan oleh rangkaian jenama hebat tempatan antaranya Naelofar, Ameera Zaini, Mimpi Kita, Larney, Rico Rinaldi, Variante, Tuan by Tengku Kery, NAWY, Petit Moi, Umbi Kids dan banyak lagi.
Memandangkan permintaan terhadap pilihan baju Raya kekal tinggi saban tahun, bahagian Jualan Pakaian Wanita Isetan KLCC secara eksklusif membawa kembali jenama-jenama tamu yang sering menjadi kesukaan para pelanggan semasa kempen Raya berlangsung.
Antara jenama terbaik yang kembali memeriahkan kempen Neo Raya ialah PETRA, Fuzana Mokhtaza, KREE, Putih, Cakenis, Amber, NADA, Kissah, Eloque dan Thea KL.
Apa yang best nak membeli-belah di Isetan KLCC tahun ini? Para pengikut di Instagram Isetan KLCC berpeluang untuk turut serta di dalam pertandingan tag dan menang Pertandingan Pengalaman Membeli-Belah #NeoRaya bersama Izzue Islam. Empat pemenang bertuah bakal memenangi baucar membeli-belah bernilai lebih dari RM1000 tau!
Haaa… apa lagi, dah tahu fesyen apa yang sesuai dengan bentuk badan masing-masing kan? Jom shopping!