Pasti ramai yang mencari punca rambut keluar dari anak tudung yang dipakai, malah kadang pelik kenapa inner yang dipakai tetiba terlalu ke belakang. Apa puncanya?
Haaa… rupanya tabiat menyikat rambut ke bahagian belakang boleh menjadi punca dua masalah tersebut.
Menurut dari video yang dikongsikan ini, kalau anda sering menyikat rambut ke belakang sebelum memakai tudung, ini boleh memberi kesan tarikan pada rambut dan akhirnya membuat rambut gugur dan putus. Malah, anak tudung juga mudah melorot.
Jadi, penyelesaian yang terbaik ialah dengan menyikat rambut dengan gaya belah tengah. Ini supaya daya tahan rambut dan anak tudung lebih baik.
Selain itu, tidak berlaku kesan tarikan pada rambut pada garis dahi. Pastinya lebih selesa pakai tudung atau selendang yang licin kainnya.
Semoga tips ini dapat membantu anda yang berhijab.