Penjagaan Diri

Ini Cara Makan Kalau Betul Nak Kurus, Bersyarat Tapi Berkesan

Share

Ya, kena betulkan cara makan kalau betul nak kurus dalam masa tertentu. Dan sebenarnya, cara makan macam ini pun boleh kurus.

Ini lah yang dikongsi oleh saudari Ikin Zain, sesuai untuk anda yang nekad nak kurus dengan cara mudah dan masih makan nasi cuma ada syaratnya.

Cara Makan Nak Kurus

Menerusi perkongsian ini, anda boleh tahu makanan apa yang boleh diambil setiap hari untuk jaga kalori masuk bagi berat badan ideal.

Sarapan

Untuk sarapan pilih makanan yang protein cukup. Kalau karbo, boleh pilih buat chicken taco wrap dengan sos avocado.

Kemudian boleh pilih fiber salad dengan baby tomato. ldeal untuk makan sarapan dalam lingkungan masa 7 pagi sehingga 8 pagi.

Selepas bangun dalam 30 minit, anda kena makan.

Makan Tengah Hari

Untuk makan tengah hari, pilih meal yang heavy tetapi tidak boleh melebihi kalori keperluan. Kalau pilih nasi, makan sikit sahaja dalam mangkuk kecil.

Untuk lauk protien, pilih ayam percik dengan sedikit fiber vegetable ada bunga kubis, brokoli dan lobak merah.

Ideal time makan antara pukul 12 pm sehingga 2pm. Jangan melebihi pukul 4pm. Dan anda kena ingat gap masa antara sarapan dengan lunch adalah 4 jam.

Snacks

Untuk kudap-kudap, ambil bahagian petang saja boleh
pilih almond sebab cashew sangat bagus untuk turunkan berat badan. Kalau dalam 18g lebih kurang 100 kalori tetapi jangan makan berlebihan pula.

ldeal makan snacks dalam pukul 3 pm macam itu.

Makan Malam

Untuk dinner, fokus kepada pengambilan protein. Boleh pilih daging air fryer combine dengan edamame dan juga sweet potato.

ldeal masa untuk masa dinner dalam lingkungan 6pm sehingga 9pm. Kena ingat, makan 3 jam sebelum nak tidur.

Haa… itu sahaja gaya pengambilan makanan sihat yang anda boleh jadikan rutin kalau betul nak kurus.

Ingat, jangan melebihi kalori pemakanan seharian tetapi buat kalori deficiti dalam 200 kalori macam tu.

Kalau konsisten, insya-Allah berjaya. Semoga anda berjaya turunkan berat badan!

IKLAN