Jangan dibiar tumit merekah tanpa sebarang krim atau usaha untuk hilangkan, nanti makin teruk dan boleh buat anda rasa kurang yakin nak buka kasut depan orang ramai.
Ketika memakai kasut, masalah ini mungkin tidak begitu serius tetapi rasa tidak selesa akan timbul apabila kasut atau stoking dibuka.
Rekahan di tumit berpunca daripada kulit kering dan menebal yang dikenali sebagai ‘callouse’.
Sewaktu anda berjalan, lapisan lemak di bawah tumit akan mengembang dan menyebabkan masalah menjadi bertambah serius.
Faktor-faktor lain yang menjadi punca rekahan termasuklah sering berdiri terlalu lama, berjalan tanpa alas atau kasut dan penggunaan sabun yang mengeringkan kulit.
Rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan losyen badan atau pelembab yang dikhususkan untuk kawasan tumit.
@zuriaty_musa Cara cara nak hilangkan kaki merekah atau tumit yg hitam dengan cara menggunakan alovera + vitamin e + olive oil selamat dipakai setiap malam tanpa ada kesan sampingan . Kaki juga anggota yg penting untuk kita jaga ,betul tak ? #diylotion #merawatkaki #atasikakiberbau #kakiberpeluh #cagu #kaktysukashare ♬ original sound – Zuriaty | Tips Wanita Cantik
Bagi mereka yang kurang percaya dengan produk dijual di pasaran, anda boleh membuat sendiri ‘losyen’ di rumah.
Dikongsikan oleh Zuriaty_Musa di TikTok, wanita ini mencampurkan tiga bahan mudah diperolehi iaitu gel aloe vera, vitamin E dan minyak zaitun di dalam bekas.
Bahan tersebut perlu dikacau sebati, sererusnya disapu setiap hari terutama pada waktu malam secara konsisten bagi menghilangkan rekahan pada tumit kaki.
Menurut Zuriaty, kandungan trigliserida dalam minyak zaitun dapat memberikan kelembapan lebih lama pada kulit.
Selain itu, kandungan vitamin A dan E dalam lidah buaya juga bersifat antioksida dan anti inflamasi boleh membantu merawat masalah ini.
Hah, kalau rajin buat secara konsisten, hilanglah masalah tumit merekah. Jangan lupa cuba, ya!
Kredit Tiktok: Zuriaty