Penjagaan Diri

DIY Mask Buat Ketiak Cerah, Guna 2 Bahan Saja!

Share

Kalau nak buat ketiak cerah dengan mudah tanpa perlu pergi Spa, anda boleh guna dua bahan ini sahaja.

DIY Mask Buat Ketiak Cerah

Menurut perkongsian cantik bahagian ketiak daripada saudari Fatinnura

anda boleh amalkan diy mask ni 2/3 kali seminggu.

Apa yang best, guna dua bahan yang ada di dapur sahaja. Modal tak keras pun. Bukan sahaja boleh cerahkan ketiak, tapi juga boleh dijadikan sebagai detox untuk ketiak sebab sel kulit mati pun boleh hilang.

Kalau anda sentiasa amalkan mask ni, bulu ketiak pun makin malu nak tumbuh.

Bahan-bahan:

Air perahan limau
Kapur

Banyak mana air perahan limau itu bergantung kepada kapur yang anda ambil. Pastikan paste tidak terialu pekat dan tidak terlalu cair.

Mask ini wangi ya, bau perahan air limau yang disebatikan dengan kapur. Yang penting sangat berkesan!

IKLAN