Penjagaan Diri

Cerahkan dan Cabut Bulu Ketiak Lebih Mudah, Seminggu Satu Kali Dah Cukup

Share

Kalau nak cerahkan dan cabut bulu ketiak tanpa rasa sakit, anda boleh cuba guna petua yang dikongsikan oleh Puan Puteri Kasim ini. Nampaknya berkesan dan boleh jimat poket anda!

Pastikan sediakan bahan-bahan yang diperlukan dulu, kemudian anda boleh cuba gaul dan letak di sekitar ketiak. Eh, jom rujuk langkah-langkahnya kejap:

Cerahkan dan Cabut Bulu Ketiak

1. Kapur jangan letak banyak sangat kat ketiak.

2. Lepas kering boleh cabut bulu ketiak macam itu sahaja, bulu itu rapuh.

3. Ada orang sensetif dengan kapur, boleh guna tepung beras. Kalau rasa tak boleh buat jangan buat ya.

4. Timun itu balancekan rasa kapur supaya tak panas bila pakai.

5. Boleh buat seminggu 1x cukup dah jangan buat hari hari.

6. Sekali pakai sahaja buat ini kemudian boleh buang, jadi buat cukup-cukup sahaja.

7. Ada juga petua lain untuk ketiak putih tapi ini salah satunya.

Hah, rugi tak cuba tau! Yang penting memang bahagia ketiak akan jadi cantik tanpa bulu lagi, tak perlu lah cukur lagi.

Published by
Nadia