Penjagaan Diri

Cara Pakai Minyak Wangi Bagi Tahan Lama, Jangan Sampai Salah Sembur

Share

Sebelum sembur, ketahui dulu cara pakai minyak wangi dengan betul. Barulah kekal harum dan berbaloi beli yang harganya mahal.

Supaya minyak wangi kekal tahan lama, semburkan mengikut cara yang betul ini. Minyak wangi akan menjadi sia-sia kalau tak dipakai dengan cara yang betul.

Cara Pakai Minyak Wangi Bagi Tahan Lama

Berikut kami kongsikan beberapa tips yang boleh anda semua cuba:

1. Pastikan berada di dalam bilik yang bersuhu normal atau agak hangat.

2. Semburkan minyak wangi dari jarak sejengkal dari tapak tangan anda.

3. Semburkan di titik-titik nadi, bahagian leher tepatnya di bawah rambut, pergelangan tangan, dan bahagian dalam siku.

4. Untuk membuat aroma pewangi bertahan lama, gunakan selepas mandi dan semburkan pada pakaian yang akan dikenakan.

5. Lapisan bau wangian dengan membasuh badan anda dengan sabun dan losyen yang sama dengan bau minyak wangi. Set wangian yang menggabungkan gel mandi, losyen badan, dan minyak wangi adalah bagus untuk bau yang tahan lama dan berkesan.

6. Elakkan menggosok minyak wangi ke dalam kulit anda. Walaupun ini adalah amalan biasa, berbuat demikian akan merosakkan bahan kimia dalam pewangi anda dan mengubah keseimbangan bau. Sebaliknya, semburan sedikit bau pada kulit anda dan biarkan ia kering secara semula jadi.

Jika anda ikut 6 cara ini, pasti anda akan tampil wangi sepanjang hari. Owh ya, pilih minyak wangi dengan aroma yang tidak membuat orang di sekitar anda pening kepala.

Nanti cuba praktik cara ini, tau!

Published by
Nadia