Kalau nak hilangkan jerawat di belakang badan, anda kena pastikan bersihkan diri dan waspada dengan bahan sabun yang anda gunakan.
Ada banyak faktor yang menjadi punca jerawat, antaranya hormon terutama perempuan dalam lingkungan umur subur.
Sesetengah masalah jerawat juga timbul akibat ketegangan dan tekanan emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin akibat penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah.
Selain itu, pendedahan kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas turut menyumbang masalah itu. Jangan risau, anda boleh cuba atasi dengan beberapa tip ini:
Setelah mandi, sapukan produk yang mengandungi Salicylic Acid di bahagian belakang badan. Bahan ini membantu membersih dan mengurangkan jerawat.
Pilih pembersih badan yang mengandungi Benzoyl Peroxide. Ia membantu mengawal pertumbuhan bakteria penyebab jerawat dan membersihkan kulit.
Kebersihan adalah kuncinya. Jika anda kuat berpeluh atau berada di bawah cuaca panas, segera tukar baju untuk mengelakkan jerawat dari berkembang.
Amalkan pengelupasan kulit untuk mengurangkan parut jerawat di belakang badan. Pilih produk yang mengandungi bahan seperti asid glikolik atau asid laktik.
Lulur boleh dibancuh dengan santan, yogurt atau air mawar hingga sebati, jangan terlalu cair. Basahkan kulit dengan air atau minyak zaitun untuk melembutkan kulit dan senang nak tanggalkan daki apabila menggosok.
Kemudian, sapu rata dan biarkan seketika hingga separa kering sebelum gosok perlahan untuk tanggalkan daki. Proses diteruskan dengan mandian bunga dan susu bagi menambah kesegaran badan yang membuat pelanggan berasa lebih tenang dan segar. Sapukan minyak urutan aromaterapi untuk memelihara kelembapan kulit.
Ingat, konsisten dengan rutin penjagaan kulit ini untuk hasil yang lebih baik. Jangan lupa untuk mengamalkan kebersihan diri secara menyeluruh.